Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar SMK Kemumin hidap sakit buah pinggang kronik tahap lima rayu sumbangan

KOTA BHARU, 28 Mei (Bernama) -- Seorang murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Pengkalan Chepa yang menghidapi sakit buah pinggang kronik tahap akhir merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban keluarga bagi membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih selesa. 

Ibunya, Yuraini Che Wani ,42, berkata Luqman Fikri, 13, disahkan menghidap sakit buah pinggang kronik sejak dia berusia satu tahun setengah, selepas mengalami demam belarutan dan bengkak di bahagian perut dan sering kelihatan tidak bermaya. 

“Pada masa ini harapannya sudah tipis memandangkan keadaan Luqman  sudah berada di tahap akhir, malah jantungnya juga sudah mengecut dan kedua-dua belah buah pinggangnya sudah tidak berfungsi,” katanya kepada pemberita di Program Ziarah Cakna Ramadan SMK Kemumin di rumahnya di Kampung Pulau Gajah di sini hari ini. 

Terdahulu Naib Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman menyerahkan sumbangan zakat korporat kepada Luqman untuk meringankan beban yang ditanggung. Hadir sama, Pengetua SMK Kemumin Norriha Abd Rahman.

Ibu kepada lima anak berkata, dia merayu kepada orang ramai agar dapat membantu memberi sumbangan memandangkan dia yang satu-satunya bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak. 

“Kami memang susah kerana saya hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM850 sebulan dan suami hanya bekerja kampung yang dibayar RM50 sehari dengan tidak menentu kerana menghidapi jantung tersumbat yang mengehadkan aktiviti hariannya. 

Yuraini berkata, kesihatan Luqman anak ketiganya itu mula merosot sejak akhir April lalu menyebabkan kehadirannya ke sekolah juga terbantut akibat terpaksa berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk menerima rawatan dialisis. 

“Dia perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu, dan ada ketikanya juga dia memilih untuk berulang alik sendiri dengan menaiki bas tambang kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa,” katanya yang hanya mempunyai sebuah motosikal bagi kegunaan harian keluarga. 

Katanya, lagi menyedihkan rumah sewa yang didiami sekeluarga akan dijual dan mereka perlu mencari rumah sewa lain dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Norriha berkata pelajar itu sering tersenarai sebagai penerima zakat korporat dan peribadi yang dihulurkan pelbagai pihak.....

[ berita penuh ]

 

Mudah cara pemilikan tanah kebun kelapa sawit Orang Asli


ROMPIN, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Industri Utama memohon supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat memudah cara pemilikan tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit. 

 
 

Lagi mangsa ditipu tawaran iPhone murah


KUANTAN, 28 Mei (Bernama) -- Harga ditawarkan RM1,200 tapi kesudahannya perlu membayar sebanyak RM2,950.

 
 

Aidilfitri: peningkatan permintaan bukan alasan naik harga


KOTA BHARU, 28 Mei (Bernama) -- Peningkatan permintaan disebabkan pertambahan penduduk yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini bukanlah satu alasan untuk para peniaga di Kelantan menaikkan harga barangan jualan mereka.

 
 

Tingkat pemantauan perairan negara menjelang Aidilfitri


KUANTAN, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan pemantauan perairan negara ketika musim sambutan Aidilfitri bagi memastikan pendatang asing tanpa izin tidak mengambil peluang ketika musim perayaan untuk pulang ke kampung halaman mengikut saluran yang tidak sah.

 
 

Mudah cara pemilikan tanah kebun kelapa sawit Orang Asli


ROMPIN, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Industri Utama memohon supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat memudah cara pemilikan tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit. 

 
 

Penghulu, pegawai halaqat dan penyelaras armalah DUN di Kelantan dapat elaun khas RM250


KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memberi elaun khas hari raya berjumlah RM250 kepada setiap penghulu, pegawai halaqat dan penyelaras pembangunan armalah Dewan Undangan Negeri.

 
 

60 Orang Asli dalami agama Islam di Madrasah Pengajian Islam


KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Seramai 60 Orang Asli pelbagai suku kaum mengambil peluang mendalami agama Islam di Madrasah Pengajian Islam (MPI), di Kok Lanas di sini. 

 
 

1 juta kenderaan dijangka masuki Kelantan Aidilfitri ini


TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan.

 
 

Polis rampas 1.57 tan daun ketum, pistol


TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) -- Polis merampas daun ketum seberat 1.57 tan bernilai RM26,280 dan merampas sepucuk pistol jenis Colt  dalam dua serbuan berasingan di Jeli dan Pasir Mas semalam.

 
 

PGA9 rampas beras siam dipercayai diseludup bernilai RM76,000 di Tumpat


KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 23,750 kilogram (kg) beras Siam bernilai RM76,000 dirampas oleh anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam satu operasi berdekatan Kok Seraya, Chabang Empat Tumpat, semalam.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel