Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mudah cara pemilikan tanah kebun kelapa sawit Orang Asli

ROMPIN, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Industri Utama memohon supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat memudah cara pemilikan tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit. 

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ini kerana pemilikan tanah merupakan syarat utama dalam pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) kelapa sawit, yang wajib dipatuhi menjelang hujung tahun ini. 

"Kerajaan telah menetapkan pensijilan MSPO yang melibatkan penyertaan semua pihak dalam industri kelapa sawit termasuk pekebun kecil, pengusaha ladang dan pihak pengilang bagi memastikan minyak sawit negara kita dihasilkan melalui pengeluaran mampan. 

"Kami menghadapi beberapa cabaran untuk membantu pekebun Orang Asli mendapatkan pensijilan MSPO tapi isu yang paling mencabar ialah dalam isu pemilikan tanah dan berharap mendapat kerjasama Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk menyelesaikannya" katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Shamsul Iskandar ditemui selepas merasmikan Program Jom MSPO Pekebun Kecil Orang Asli Pahang di Dewan Besar DARA, Muadzam Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang Johari Alwi.

Pada majlis itu, Shamsul Iskandar juga menyampaikan pensijilan MSPO kepada 26 pekebun kelapa sawit Orang Asli dari Jerantut dan Pahang serta dana RM100,000 setiap satu kepada Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) daerah Bera dan Maran. 

Beliau berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga mengambil inisiatif menyatukan pekebun kecil melalui penubuhan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) dalam usaha membantu mereka memperoleh pensijilan MSPO. 

"Pekebun kecil yang menyertai SPOC dan pensijilan MSPO berpeluang menikmati pelbagai faedah untuk meningkatkan produktiviti malalui amalan pertanian yang baik, seterusnya membantu menghasilkan pendapatan lebih tinggi," katanya. 

Beliau berkata setakat 31 Mac lalu, sebanyak 115 daripada 162 SPOC di seluruh negara telah mendapat pensijilan MSPO yang melibatkan penyertaan 8,561 pekebun kecil persendirian dengan keluasan kebun sebanyak 33,008 hektar. 

Sembilan SPOC yang sedang menjalani proses audit dijangka menerima pensijilan mereka pada hujung bulan ini dan baki 38 SPOC sedang dalam proses pensijilan yang dijadualkan selesai pada November ini. 

Shamsul Iskandar juga memaklumkan KPSM Bera dan Maran merupakan penerima terawal dana Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah yang secara keseluruhan akan melibatkan 10 KPSM, terdiri daripada empat penerima di Semenanjung dan masing-masing tiga di Sabah serta Sarawak, melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta. 

"Dana ini yang disediakan kerajaan adalah untuk membantu KPSM mengembangkan aktiviti perniagaan. Kami membuka mana-mana KPSM untuk memohon, namun mereka akan disaring supaya memenuhi kriteria seperti aktif dan berpotensi besar," katanya. 

-- BERNAMA 

.....

[ berita penuh ]

 

Lagi mangsa ditipu tawaran iPhone murah


KUANTAN, 28 Mei (Bernama) -- Harga ditawarkan RM1,200 tapi kesudahannya perlu membayar sebanyak RM2,950.

 
 

Aidilfitri: peningkatan permintaan bukan alasan naik harga


KOTA BHARU, 28 Mei (Bernama) -- Peningkatan permintaan disebabkan pertambahan penduduk yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini bukanlah satu alasan untuk para peniaga di Kelantan menaikkan harga barangan jualan mereka.

 
 

Tingkat pemantauan perairan negara menjelang Aidilfitri


KUANTAN, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan pemantauan perairan negara ketika musim sambutan Aidilfitri bagi memastikan pendatang asing tanpa izin tidak mengambil peluang ketika musim perayaan untuk pulang ke kampung halaman mengikut saluran yang tidak sah.

 
 

Mudah cara pemilikan tanah kebun kelapa sawit Orang Asli


ROMPIN, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Industri Utama memohon supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat memudah cara pemilikan tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit. 

 
 

Penghulu, pegawai halaqat dan penyelaras armalah DUN di Kelantan dapat elaun khas RM250


KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memberi elaun khas hari raya berjumlah RM250 kepada setiap penghulu, pegawai halaqat dan penyelaras pembangunan armalah Dewan Undangan Negeri.

 
 

60 Orang Asli dalami agama Islam di Madrasah Pengajian Islam


KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Seramai 60 Orang Asli pelbagai suku kaum mengambil peluang mendalami agama Islam di Madrasah Pengajian Islam (MPI), di Kok Lanas di sini. 

 
 

1 juta kenderaan dijangka masuki Kelantan Aidilfitri ini


TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan.

 
 

Polis rampas 1.57 tan daun ketum, pistol


TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) -- Polis merampas daun ketum seberat 1.57 tan bernilai RM26,280 dan merampas sepucuk pistol jenis Colt  dalam dua serbuan berasingan di Jeli dan Pasir Mas semalam.

 
 

PGA9 rampas beras siam dipercayai diseludup bernilai RM76,000 di Tumpat


KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak 23,750 kilogram (kg) beras Siam bernilai RM76,000 dirampas oleh anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam satu operasi berdekatan Kok Seraya, Chabang Empat Tumpat, semalam.

 
 

EPIC taja 135 pelajar masrasah


KUALA NERUS, 25 Mei (Bernama) — EPIC taja 135 pelajar madrasah beli baju raya.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel