Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JTK Pahang siasat 45 majikan atas pelbagai kesalahan

KUANTAN, 8 Okt -- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Pahang telah membuka 63 kertas siasatan terhadap 45 majikan atas pelbagai kesalahan bermula Januari lalu sehingga setakat kini.

Pengarah JTK Pahang Pezman Che Hussin berkata kertas siasatan itu adalah hasil 2,196 pemeriksaan yang dilakukan mereka di tempat kerja melibatkan pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perkilangan dan perladangan. 

"Antara kesalahan paling banyak dilakukan ialah gagal menyimpan daftar pekerja, gagal menyedia syarat perkhidmatan bertulis kepada pekerja, tiada pemberian cuti tahunan, cuti sakit dan cuti sakit bergaji. 

"Selain itu, ia juga melibatkan kesalahan gagal melapor butir penggajian pekerja asing kepada JKT dalam tempoh 14 hari, gagal membayar upah dalam tempoh ditetapkan dan membayar upah selain menerusi bank tanpa kebenaran bertulis pekerja," katanya. 

Pezman berkata demikian pada sidang media Operasi Bersepadu JTK Pahang bersama Jabatan Imigresen Pahang di Wisma Persekutuan di sini hari ini.  

Beliau juga memaklumkan pada tahun lalu, JTK Pahang membuka 72 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan dengan 47 tawaran kompaun dikeluarkan manakala bayaran kompaun yang diterima ialah RM66,000 selain dua kes diselesaikan di mahkamah dengan denda RM3,100. 

Mengulas mengenai tindakan majikan membayar gaji secara tunai, Pezman berkata perkara itu tidak digalakkan walaupun terdapat kebenaran bertulis dari pekerja kerana terdapat risiko wang hilang akibat dicuri. 

"Perkara ini banyak berlaku dalam sektor perladangan dan kita berpandangan mungkin kerana faktor jarak yang agak jauh antara premis ladang dengan bank menyebabkan mereka mengambil keputusan sedemikian," katanya. 

Berhubung operasi hari ini, Pezman berkata pemeriksaan melibatkan dua premis dengan satu majikan yang menjalankan perniagaan memproses ayam dikenakan saman hadir ke pejabat JTK kerana didapati melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta Kerja 1955. 

Antara kesalahan itu ialah tidak memberikan terma dan syarat perkhidmatan lengkap kepada pekerja, gagal mematuhi perkiraan upah biasa bagi perkiraan upah kerja lebih masa dan gagal mendapatkan kebenaran bertulis untuk membayar gaji secara tunai. 

Pezman berkata seramai 18 pekerja asing dari Nepal, Bangladesh dan Indonesia juga ditahan Jabatan Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia. 

-- BERNAMA 


 

.....

[ berita penuh ]

 

PGA7 tahan 23 pati warga Myanmar di Rantau Panjang


PASIR MAS, 8 Okt --  Harapan seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI)  untuk menyusup  masuk ke negara ini musnah apabila kenderaan yang membawa mereka ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berdekatan pangkalan haram Kertas, Rantau Panjang tengah hari semalam.

 
 

Jeritan adik selamatkan kakak daripada menjadi korban kebakaran


KUALA TERENGGANU, 8 Okt -- Jeritan adik menyelamatkan kakaknya daripada menjadi korban kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Paloh Sungai Kiat dekat sini, pagi ini.

 
 

Seminar TEMCO 2019 mampu cetus idea baru tingkatkan pelancongan di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 8 Okt -- Seminar Antarabangsa Ekopelancongan dan Pelancongan Marin Terengganu (TEMCO) 2019 yang membuka tirainya hari ini dijangka mancetus pelbagai idea baru dalam merancakkan pelancongan serta penglibatan komuniti setempat.

 
 

Kelantan diminta kaji semula pemberian lesen perniagaan tidak kelirukan masyarakat Islam


KOTA BHARU, 8 Okt -- Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Kelantan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula garis panduan lesen yang telah dan akan diberikan kepada syarikat bukan Islam supaya tidak mengelirukan masyarakat Islam.

 
 

Pasar Bunohan "rumah besar" pelbagai kaum di Kelantan


TUMPAT, 8 Okt -- Melihat sahaja perkataan 'Bunohan', pasti ramai yang membayangkan tajuk sebuah filem tempatan tahun 2012 arahan Dain Iskandar Said yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25.

 
 

Kerajaan diharap tidak ketepi kepentingan sektor penternakan dalam Belanjawan 2020


TUMPAT, 7 Okt -- Pengusaha sektor ternakan berharap kerajaan tidak mengenepikan keperluan kelompok itu dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang Jumaat ini, dengan meningkatkan bantuan sedia ada secara lebih menyeluruh.

 
 

Dasar Kraf Tangan Negara perkasa industri dan sosio ekonomi rakyat


Dasar Kraf Tangan Negara yang bakal diwujudkan akan menggariskan hala tuju baharu demi melonjakkan industri kraf ke arah lebih dinamik dan berdaya saing bagi memastikan industri kraf terus kekal relevan sehingga 30 tahun lagi. 

 
 

KPDNHEP rampas pelbagai barangan kawalan bernilai RM315,107


TANAH MERAH, 7 Okt  -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas pelbagai barangan kawalan yang cuba diseludup melalui Sempadan Malaysia-Thailand bernilai RM315,107.

 
 

Orang Asli Gua Musang harap peruntukan besar selesai masalah air, elektrik


Penduduk Orang Asli di 11 pos di pedalaman Gua Musang berharap menerima peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2020 bagi menyelesaikan beberapa masalah yang membelenggu mereka sekian lama termasuk jalan perhubungan, bekalan air bersih dan elektrik.

 
 

NEKMAT diminta tangani masalah kekurangan blok air batu untuk nelayan di Kuantan


Persatuan nelayan di sini meminta kilang ais Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menambah pengeluaran blok air batu atau mendapatkan bekalan dari luar bagi memenuhi permintaan nelayan tempatan. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 -


 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel