Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SPRM tahan pengurus kanan kewangan pecah amanah

KUANTAN, 31 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini  menahan pengurus kanan kewangan syarikat pelaburan hartanah terkemuka di negeri ini, bagi membantu siasatan kes pecah amanah berjumlah RM320,000. 

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin berkata suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM negeri pada 4 petang tadi. 

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu yang melibatkan wang hasil kerja-kerja tanah milik syarikat antara Ogos 2014 dan Mac 2016. 

“Dia dipercayai memasukkan wang itu ke dalam akaunnya tanpa pengetahuan dan kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat serta melanggar had kuasa ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Mohamad Fauzi berkata suspek pada awalnya disiasat atas dakwaan menerima rasuah sebagai balasan memudahkan urusan berkaitan dengan kerja mengambil dan mengeluarkan tanah di kawasan milik syarikat berkenaan. 

Bagaimanapun, siasatan lanjut yang bermula sejak beberapa bulan lalu mendapati suspek telah melakukan kesalahan pecah amanah melibatkan wang diterimanya.

Mohamad Fauzi berkata suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.....

[ berita penuh ]

 

Rakyat Kelantan mampu miliki tanah dengan harga rendah


KOTA BHARU, 31 Jan (Bernama) -- Hasrat rakyat Kelantan untuk memiliki tanah pada harga mampu milik bakal direalisasikan apabila sebuah syarikat pembangunan tanah menawarkan harga 50 peratus lebih rendah daripada pasaran.

 
 

KPDNHEP Kelantan siasat kesalahan tanda halal restoran


KOTA BHARU, 31 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan telah membuka kertas siasatan ke atas sebuah premis restoran selepas didapati mengguna logo halal Jakim dan pengesahan halal Malaysia yang tamat tempoh dalam satu serbuan semalam.

 
 

19 atlet UniSZA terima insentif berjumlah RM12,400


KUALA NERUS, 31 Jan (Bernama) – Sembilan belas ???????atlet Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berjaya meraih pingat dalam temasya sukan tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun lalu menerima insentif wang tunai berjumlah RM12,400.

 
 

Polis rampas mercun bernilai RM30,000 di Rantau Panjang


PASIR MAS, 31 Jan (Bernama) -- Polis merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api bernilai RM30,000 dan menahan seorang warga emas yang dipercayai cuba menyeludup bahan-bahan itu ke dalam negara, selepas memeriksa sebuah kereta di Rantau Panjang, Sabtu lalu.

 
 

Bendera Yang di-Pertuan Agong dinaikkan di Istana Abdulaziz


KUANTAN, 31 Jan (Bernama) -- Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dinaikkan di Istana Abdulaziz di sini tepat 12 tengah malam. 

 
 

JPJ Terengganu tahan lapan pengusaha van sekolah haram


KUALA TERENGGANU, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menahan lapan pengusaha van sekolah haram yang beroperasi di daerah Kemaman dalam operasi selama empat hari bermula 20 Jan lepas.

 
 

Polis tempat 260 anggota pastikan aliran trafik lancar esok


KUANTAN, 30 Jan (Bernama) -- Seramai 260 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan bagi mengawal aliran trafik serta kawalan keselamatan sempena keberangkatan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pangkalan Udara Kuantan untuk ke ibu negara awal pagi esok.

 
 

MUIP seru masyarakat tampil bagi maklumat asnaf


MARAN, 30 Jan (Bernama) -- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan asnaf yang memerlukan bantuan kepada badan itu agar peruntukan dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh dan sempurna.

 
 

Keputusan projek ECRL perlu ambil kira kebajikan 7,000 pekerja


KUALA TERENGGANU, 30 Jan (Bernama) -- Keputusan kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu mengambil kira kebajikan 7,000 pekerja di jajaran rel berkenaan di Terengganu.

 
 

100,000 dijangka banjiri Sambutan Hari Murabbi Ummah di Kelantan


KOTA BHARU, 30 Jan (Bernama) -- Sambutan Hari Murabbi Ummah 2019 yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV bulan depan dijangka akan dibanjiri seramai 100,000 pengunjung termasuk dari luar Kelantan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 -


 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel