Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga sekeluarga maut kemalangan di Kuantan

KUANTAN, 14 Jun (Bernama) -- Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna yang berada di laluan bertentangan di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Cherok Paloh di sini, hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan semua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Nurul Jannah Bazlan, 24, anaknya Nursyaffina Qalesya Mohammad Solahuddin, 4, dan ibunya Asnawati Muslimin, 53. 

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki mereka dari arah Kuantan menuju ke Pekan memasuki laluan bertentangan dan merempuh Chery Eastar yang dinaiki pasangan suami isteri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata kemalangan menyebabkan seorang lagi anak Nurul Jannah, Muhammad Syamil Aqmal, setahun, dan adik Nurul Jannah, Nurul Syaffiya, 17, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang cedera. 

Pasangan suami isteri tersebut Nasran Samsudin, 50, dan Masnida Muda, 46, yang berasal dari Kampung Pulau Tambun, Pekan cedera dan kini dirawat di Hospital Pekan. 

"Kemalangan menyebabkan kereta Proton Saga itu remuk keseluruhan di bahagian hadapan," katanya. 

Kamarulzaman berkata jenazah tiga sekeluarga yang berasal dari Kampung Ketapang Tengah, Pekan, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

.
.....

[ berita penuh ]

 

Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini


Tiga mayat Orang Asli suku Batek yang ditanda dalam operasi mencari oleh pihak berkuasa pada Rabu lepas dibawa keluar kira-kira 5.55 petang ini untuk proses bedah siasat di Hospital Gua Musang di sini.

 
 

"Aku hilang suami, anak" - Som Yai


"Sedih kehilangan suami belum habis, anak pula meninggal," luah wanita Orang Asli Som Yai, 50-an yang kehilangan suami dan tiga anaknya dalam tempoh singkat susulan wabak misteri di Kuala Koh.

 
 

Tujuh Orang Asli Kuala Koh dimasukkan ke hospital Hulu Terengganu


Seramai tujuh Orang Asli yang berasal dari Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Rabu kerana mengalami gejala batuk dan sesak nafas.

 
 

Kadar kebolehpasaran graduan UMP kekal 96 peratus


PEKAN, 14 Jun (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya sebanyak 96 peratus tahun ini, sama seperti tahun lepas.

 
 

Simpanan Tabung Haji wanita lesap diperdaya Macau scam


KUANTAN, 14 Jun (Bernama) -- Seorang wanita berputih mata selepas wang simpanan Tabung Haji miliknya lesap akibat diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak Mac lalu. 

 
 

Op HRA 2019 : JPJ Kelantan rekod 1,125 pelbagai kesalahan


KOTA BHARU, 14 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan sebanyak 1,125 kes membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh dua minggu Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2019 yang dilaksanakan sejak 29 Mei lepas. 

 
 

Kerajaan digesa aktifkan NEHAP ekoran kematian Orang Asli Kuala Koh


KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan digesa untuk mengaktifkan jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal Rancangan Kesihatan Persekitaran Tindakan Negara (NEHAP) dengan kadar segera, ekoran insiden kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Kelantan.

 
 

RSK Kemumin terima pengiktirafan BeSS pertama di Malaysia


KOTA BHARU, 13 Jun (Bernama) -- Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini, dinobatkan sebagai RSK pertama di negara ini menerima pengikitirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat).

 
 

Yusri tidak mahu pemain Kelantan beri laluan mudah kepada UiTM FC


KOTA BHARU, 13 Jun (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah menuntut pemainnya tidak memberikan laluan mudah kepada pasukan UiTM FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad lV malam esok.

 
 

Dakwa dipukul suami akibat perselisihan faham


KUANTAN, 13 Jun (Bernama) -- Seorang wanita mendakwa dipukul suaminya dengan menggunakan penyapu, penyangkut baju dan rotan bulu ayam selain dicucuh dengan puntung cerut oleh suaminya di Mentakab, Temerloh dekat sini. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel