Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lynas: penduduk buat laporan terhadap Wong Tack, pengerusi SMSL

KUANTAN, 9 Ogos (Bernama) -- Penduduk kampung di Balok di sini hari ini, membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet berhubung isu kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas). 

Ketua Kampung Balok, Mansor Mokhtar yang mewakili penduduk kampung berkata, tindakan itu diambil kerana Wong Tack dan Tan didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mereka mewakili penduduk menentang operasi Lynas di Gebang di sini, yang terletak berhampiran kampung itu. 

"Kami tidak pernah melantik mereka sebagai wakil atau jurucakap kami selain mereka juga mendakwa telah mendapat sokongan penduduk di sini bersama-sama sokongan 80 ke 90 badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah operasi Lynas. 

"Sebagai penduduk di sini, kami terkilan kerana tidak pasti dengan kesahihan NGO yang didakwa memandangkan berdasarkan senarai, ada yang terletak di Miri, Sarawak," katanya selepas membuat laporan itu di Balai Polis Beserah di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, Mansor memohon polis untuk menyiasat perkara itu yang disifatkan beliau sebagai mencurigakan dan mahu penduduk kampung tidak dijadikan alat untuk pihak berkenaan memperdayakan orang awam. 

Pada laporannya, Mansor mendakwa Wong Tack telah mengeluarkan kenyataan pada 31 Mei lepas bahawa penduduk Kuantan tidak mahu Lynas beroperasi di Pahang tanpa berjumpa atau meminta pandangan penduduk kampung. 

Manakala Tan pula didakwa telah membuat laporan polis pada 19 Jun berhubung pencemaran air yang dikatakan berpunca daripada operasi Lynas dengan mengaitkan penduduk dalam laporan itu tanpa meminta persetujuan mereka. 

Sedangkan menurut Mansor, mereka mempercayai keterangan pakar yang mengatakan operasi Lynas selamat selain Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Alam Sekitar telah mengeluarkan kenyataan tiada pencemaran air akibat kilang itu. 

"Kami juga menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membenarkan Lynas terus beroperasi yang pada pandangan kami dibuat berdasarkan fakta saintifik dan mahu dua individu yang disebut tidak lagi mempolitikkan isu Lynas," katanya. 

-- BERNAMA

.
.....

[ berita penuh ]

 

Skuad roda tiga 'coley' pungut sampah kawasan pinggir Kota Bharu


KOTA BHARU, 9 Ogos (Bernama) -- Majis Bandaraya Kota Bharu-Bandaraya Islam(MPKB-BRI)  memulakan usaha kreatif bagi memungut sampah di kawasan pinggir bandar yang tidak mempunyai jalan yang cukup lebar untuk dimasuki lori sampah dengan menyediakan skuad bermotosikal roda tiga atau ‘coley’.  

 
 

27 mahasiswa UniSZA sertai Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria


KUALA NERUS, 9 Ogos (Bernama) -- Seramai 27 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria selama lapan hari di Turki, bermula hari ini.

 
 

YPU lahir 107 usahawan, jana jualan RM8.8 juta


KUALA TERENGGANU, 9 Ogos (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu berjaya melahirkan 107 usahawan baharu dengan hasil jualan sebanyak RM8.8 juta dalam tempoh setahun lepas.

 
 

Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis


DUNGUN, 8 Ogos (Bernama) -- Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di sini seperti yang ditularkan di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah.

 
 

Larangan berniaga di persimpangan lampu isyarat cetus pelbagai reaksi


KUALA TERENGGANU, 8 Ogos (Bernama) -- Langkah kerajaan Terengganu menguatkuasakan larangan berniaga di persimpangan lampu isyarat berkuat kuasa serta-merta hari ini membangkitkan reaksi pelbagai pihak.

 
 

Tiada sebab untuk Perdana Menteri letak jawatan - Mohd Amar


KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Tiada sebab untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 

Kenderaan klon tarikan lelongan awam JPJ Pahang


KUANTAN, 8 Ogos (Bernama) -- Kenderaan klon termasuk kenderaan mewah yang sudah dilesenkan semula menjadi tarikan pada sesi lelongan awam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

 
 

Polis Kelantan tahan empat suspek bantu siasatan kes kebakaran tujuh premis


KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki berumur antra 15 dan 45 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran tujuh premis di Jalan Dusun Muda di sini pada 5 Ogos lepas.

 
 

Polis Kelantan siasat penularan gambar suspek serbuan di laman sosial.


PASIR MAS, 8 Ogos (Bernama) -- Polis akan menyiasat berhubung penyebaran gambar suspek dan lokasi serbuan polis yang telah ditularkan oleh pengendali satu grup di laman Facebook.

 
 

Melestarikan tradisi menjual bunga melur di Pasar Khadijah Kota Bharu


KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Bunga melur mungkin tidak sepopular bunga mawar yang menjadi pilihan banyak pihak sebagai hiasan atau hadiah kepada orang yang tersayang kerana bau dan warnanya, namun bunga melur tetap mempunyai keistimewaannya tersendiri dan bunga ini turut menjadi pilihan Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk didendangkan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 -


 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel