Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama Umno, Pas hanya dendam Umno

TANAH MERAH, 27 Jun (Bernama) -- Kerjasama Umno dan Pas lebih kepada dendam khususnya parti Umno selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada gabungan Pakatan Harapan (PH). 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri  (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata rakyat harus melihat adakah gabungan terbabit untuk perjuangan Melayu atau sebagai matlamat selamatkan periuk nasi pemimpin parti yang terbabit. 

"Perlu ingat kedua-dua parti itu mempunyai ideologi dan fahaman berbeza serta matlamat politik mereka tidak akan ke mana-mana jika fahaman mereka tidak sehaluan.

"Jika benar gabungan itu untuk Melayu maka kita serahkan apa tindakan mereka seterusnya dan rakyat sendiri perlu membuat penilaian," katanya pemberita selepas merasmikan majlis Hari Potensi Tadikan Kemas Tanah Merah di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Ipoh di sini, hari ini.....

[ berita penuh ]

 

MAQIS Kelantan catat 48 kes tangkapan melibatkan nilai RM1.13 juta setakat Mei tahun ini.


PASIR MAS, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan berjaya merekodkan 48 kes tangkapan sejak Januari sehingga Mei tahun ini, yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.13 juta.

 
 

Jumlah Orang Asli di PPS semakin bertambah


GUA MUSANG, 27 Jun (Bernama) -- Orang Asli suku Batek yang dijangkiti wabak demam campak ditempat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Taman Etnobotani, di sini, bertambah kepada 72 orang sejak dibuka 18 Jun lalu hingga petang semalam.

 
 

Ikon masyarakat Kelantan: Nur Amalina berjaya Islamkan 20 Orang Asli


KOTA BHARU, 27 Jun (Bernama) -- Mempunyai kelebihan bertutur dalam bahasa Orang Asli menjadi antara faktor Nur Amalina Ismail, 27, berjaya mengislamkan seramai 20 Orang Asli di Gua Musang sejak tahun 2014. 

 
 

Terengganu rancang wujudkan ‘pasar terapung' tahun depan


KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Terengganu, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan pasar terapung atau ‘floating market’ yang pertama di sini, tahun depan.

 
 

Tekun Nasional bakal wujudkan hub usahawan di Kelantan


TANAH MERAH,  27 Jun (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional  telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat swasta bagi membangunkan sebuah pusat hub usahawan di Kelantan.

 
 

Jambatan kedua Tanjung Lumpur siap Ogos ini


KUANTAN, 27 Jun (Bernama) -- Jambatan kedua Tanjung Lumpur di sini, yang merentasi Sungai Kuantan dengan kos pembinaan RM161.43 juta dijadualkan siap mengikut perancangan pada Ogos ini. 

 
 

Kejayaan tumpaskan Kuala Lumpur amat bermakna - Nafuzi


KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Jurulatih sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan malam tadi amat bermakna di saat pasukan itu berdepan masalah penggantungan dan kecederaan enam pemain utama.

 
 

Ikon Usahawan Kelantan: Peniaga tudung bawal raih jualan jutaan ringgit


KOTA BHARU, 27 Jun (Bernama) -- Memulakan perniagaan dengan modal hanya RM200, Wan Norsyafikah Wan Mat Rifin, 25, kini mampu meraih hasil jualan jutaan ringgit hasil perniagaan tudung bawal miliknya.

 
 

Seorang lagi Orang Asli disahkan positif campak


KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Seorang lagi pesakit Orang Asli yang sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang, disahkan positif demam campak atau measles.

 
 

Allahyarham pengasas Dnars terima penghormatan kerajaan Kelantan


KOTA BHARU, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan Kelantan hari ini menyampaikan Anugerah Khas Wanita Cakna Kebajikan 2019 kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 40, bagi menghargai sumbangan dan kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya kepada masyarakat. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel