Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

200 pelajar sertai Program Latihan Akademik Empower 2019

KEMAMAN, 24 Mac (Bernama) -- Seramai 200 murid Tahun Enam dan Pelajar Tingkatan Lima sekitar Kemaman hari ini menyertai Program Latihan Akademik Empower 2019 anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Pengurus Besar Pejabat Wilayah Negeri ECERDC Terengganu, Ahmad Fuad Sulaiman berkata program yang melibatkan tujuh buah sekolah itu adalah satu usaha sama antara ECERDC dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menyasarkan peningkatan pencapaian akademik peserta dari keluarga kurang berkemampuan sekitar daerah Kemaman. 

"Program ini bertujuan membina jati diri bagi membantu pelajar supaya sentiasa bermotivasi tinggi sebelum menduduki peperiksaan awam utama termasuk Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

"Kejayaan program sebelum ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan kualiti modal insan di negeri Terengganu amnya dan di Kemaman khususnya. Besarlah harapan saya agar melalui pelaksanaan program ini dapat meningkatkan dan mengukuhkan prestasi akademik para pelajar seterusnya mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat yang berada di Kemaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tujuh sekolah yang terlibat dalam program itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi, SK Kuala Kemaman, SK Seberang Tayor, SK Kg Chabang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang, SMK Ayer Puteh dan SMK Geliga.....

[ berita penuh ]

 

Piya diharap beri impak besar kepada Kelantan


KOTA BHARU, 24 Mac (Bernama) -- Penyokong pasukan Kelantan menaruh harapan tinggi kepada Mohd Badhri Mohd Radzi atau dikenali Piya untuk membawa impak yang lebih besar kepada pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas pemain terbabit kembali menyertai pasukan Kelantan.

 
 

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian


BESUT, 24 Mac (Bernama) – Seorang wanita difahamkan dari kalangan kerabat diraja lemas ketika melakukan aktiviti menyelam skuba di Pulau Perhentian petang semalam.

 
 

Sungai Belat 'kolam renang' pertama Muhammad Adam Zikry


KUANTAN, 24 Mac (Bernama) -- Sungai Belat yang terletak berhampiran Kampung Belukar di sini, merupakan 'kolam renang' pertama buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Khas Abu Dhabi 2019, Muhammad Adam Zikry Syamsul Bahri. 

 
 

Tiada sungai kelas 4 dan 5 di Pahang - JAS


KUANTAN, 22 Mac (Bernama) -- Sebahagian besar daripada 86 batang sungai di Pahang berada dalam kategori 2 dan langsung tiada dalam Kelas 4 atau 5 iaitu mengalami pencemaran teruk sehingga tiada haiwan akuatik yang boleh hidup di dalamnya.

 
 

Nelayan temui mayat bayi dalam beg galas di tengah sungai


PERMAISURI, 21 Mac (Bernama) -- Dua nelayan terperanjat besar apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di dalam sebuah beg galas yang dihanyutkan di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik di sini petang tadi.

 
 

Syarikat rekaan dalaman Total Kitchen sasar tembusi pasaran Lembah Klang


KUANTAN, 21 Mac (Bernama) – Syarikat pembuatan perabot dan rekaan dalaman milik Bumiputera, Total Kitchen, menyasar untuk menembusi pasaran Lembah Klang pada tahun ini setelah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia rekaan dalaman berkonsepkan ‘ala Eropah’ di Pantai Timur.

 
 

Orang Asli Kuala Betis bantah pembalakan


GUA MUSANG, 21 Mac (Bernama) -- Lebih 50 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kg Podek dan Angkek, Kuala Betis, berhimpun secara aman membantah aktiviti pembalakan di kawasan hutan tanah adat  berhampiran kampung mereka di sini, hari ini.

 
 

Penduduk Felda Chini tunai solat Istisqa' memohon hujan


PEKAN, 21 Mac (Bernama) -- Lebih 700 penduduk daripada lapan gugusan Felda di sekitar kawasan Chini hari ini mengambil insiatif  menunaikan solat istisqa’ di Padang Awam Felda Chini 4, di sini bagi memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan bagi mengatasi masalah kemarau yang sedang melanda negara.

 
 

Damien Lim mahu keserasian rakan sepasukan untuk hadapi perlawanan


KOTA BHARU, 21 Mac (Bernama) -- Penjaga gol Kelantan, Damien Lim Chien Khai akan menggunakan tempoh rehat tiga minggu Liga Premier musim ini bagi mencari keserasian sesama rakan pasukan dalam menghadapi saingan seterusnya.

 
 

Pembantu tadbir keluar resit palsu kena penjara, denda


KUANTAN, 21 Mac (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini, memerintahkan seorang pembantu tadbir Jabatan Belia dan Sukan dipenjara tiga hari dan menjelaskan denda RM20,000 selepas mengaku salah mengeluarkan dua resit palsu bernilai RM2,250, dua tahun lalu. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel