Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada perbincangan berhubung tapak pelupusan kekal Lynas - MB Pahang

GENTING HIGHLANDS, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah mengadakan perbincangan dengan syarikat memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) berhubung tapak fasiliti pelupusan kekal (PDF) di negeri ini. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini, beliau tidak pernah berjumpa dengan wakil syarikat itu bagi membincangkan isu berkaitan cadangan PDF untuk sisa buangan Water Leached Purification (WLP) kilang yang beroperasi di Gebeng di Kuantan, dekat sini. 

"Tiada sebarang perbincangan. Jumpa secara bersemuka pun tiada. Jika ada cadangan daripada pihak mereka, keutamaan Kerajaan Negeri sudah pasti kepada keselamatan penduduk. Itu asas kepada pendirian Kerajaan Negeri," katanya kepada Bernama. 

Wan Rosdy ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persafahaman (MoU) antara DSA Development Sdn Bhd (DSA Development) dengan Trinidad Group, Shimao Star Hotel Group dan Go Steam Cell Holdings bagi membangunkan 'The Richz Eco Tourism and Golden Age Retirement City' (The Richz) di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata demikian semasa diminta mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa terdapat lima lokasi di Pahang yang dikenal pasti untuk menjadi PDF sisa buangan WLP yang dihasilkan Lynas. 

Laporan itu mendakwa lima lokasi itu ialah tapak bekas lombong emas dan bijih besi di Lepar, Luit, Padang Tengku, Bukit Ibam dan Chini dan dikatakan pihak terlibat sedang melakukan kajian sebelum dimuktamadkan. 

Sementara itu, Pengerusi DSA Development Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Shahrudin Mohd Ali berkata pembangunan projek itu di kawasan seluas 16 hektar di Batu 9, Jalan Lama Gombak-Bentong, menyediakan lokasi terbaik untuk mereka yang mahu melarikan diri daripada kesibukan kota selepas bersara. 

Katanya, idea itu tercetus tiga tahun lepas, apabila beliau mencari tempat tinggal untuk mereka yang bersara dengan kemudahan terbaik kepada golongan pesara lengkap dengan keindahan alam sekitar dan bukannya semata-mata bersifat 'nursing home'. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Richz, Norman Sia berkata projek itu yang disasarkan untuk kejayaan komersial yang mana menyasarkan Nilai Pembangunan Kasar RM2 bilion dan Kos Pembangunan Kasar RM1.2 bilion, dengan keuntungan kasar RM800 juta.....

[ berita penuh ]

 

Polis cari suspek kes tetak bekas isteri


KUALA KRAI, 13 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem, 50an, yang dipercayai menetak bekas isterinya menggunakan sebilah golok di hadapan sebuah bank di sini, pada 1 Ogos lepas.

 
 

Polis rampas 12,000 karton rokok bernilai RM300,000


KUALA KRAI, 13 Ogos (Bernama) -- Polis berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki menyeludup 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 selepas menahan dua lori di Kampung Bukit Batu di sini, Jumaat lalu.

 
 

'Ketupat Bachok' berkelana ke United Kingdom, New Zealand, Mesir


Oleh Habsah Ismail

KOTA BHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Pernahkah anda mencuba ‘Ketupat Bachok’ iaitu ketupat palas goreng hasil air tangan Salmiah Ismail, yang telah berkelana ke United Kingdom, New Zealand dan Mesir?

 
 

ECRL rapatkan jurang ekonomi penduduk - Mohd Radzi


KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilihat mampu merapatkan jurang ekonomi penduduk terutama negeri-negeri yang terlibat dalam jajaran projek itu termasuk Kelantan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.

 
 

Keutamaan baiki sekolah, institusi pendidikan terjejas ribut


TEMERLOH, 12 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya memberi keutamaan kepada kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang rosak akibat ribut daripada ekor Taufan Lekima, Jumaat lalu.

 
 

Sultan Muhammad V sembelih dua ekor lembu sempena Aidiladha


KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi Majlis Ibadat Qurban Jama’ie, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji di sini, hari ini.

 
 

Upah sarapan di "Kopitiam Beruk" sebelum mula kerja panjat kelapa


Oleh Habsah Ismail

KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Selalu kita dengar orang minum di kedai kopi, tetapi jarang kita melihat sekumpulan beruk bersarapan dengan makan nasi digaul bersama telur mentah, kuih dan minum susu atau air bergas sebelum memulakan 'kerja' memanjat kelapa.

 
 

Lelaki maut dipercayai lemas di Air Terjun Pelangi


Seorang lelaki dipercayai maut akibat lemas di Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing di sini hari ini, selepas dikatakan tenggelam semasa sedang mandi. 

 
 

Kebakaran hutan Bukit Palas padam sepenuhnya


Kebakaran Hutan Bukit Palas di Cherating di sini, yang bermula sejak seminggu lalu, padam sepenuhnya hari ini. 

 
 

Projek tanaman melon manis UniSZA musnah dilanda ribut


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengalami kerugian kira-kira RM75,000 apabila projek tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang diusahakan di Taman Agropreneur UniSZA, Kampus Tembila, mengalami kerosakan ekoran angin kencang malam tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 -


 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel