Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rebut peluang timba ilmu di Kolej Komuniti - Tengku Hassanal

KUANTAN, 20 Ogos -- Rakyat Pahang dinasihatkan merebut peluang menamba ilmu khususnya dalam bidang kemahiran yang ditawarkan Kolej Kemuniti di negeri ini. 

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah pendidikan merupakan proses sepanjang hayat dengan ilmu pengetahuan menjadi aset terpenting dalam kehidupan. 

Titah baginda, di Pahang, kewujudan Kolej Komuniti diwujudkan di banyak daerah seperti Kuantan, Pekan, Rompin, Bentong, Bera dan Jerantut, yang semuanya dikendalikan pensyarah berkelayakan. 

"Banyak program ditawarkan berdasarkan kepada kemahiran yang sangat menarik dan berpotensi jika dipelajari. Ilmu kemahiran merupakan salah satu faktor utama dalam penentu pertumbuhan sektor ekonomi. 

"Saya bangga dengan semangat pensyarah Kolej Komuniti Pahang yang komited dalam menyampaikan ilmu kepada graduan untuk membina kemahiran, intelek dan jati diri graduan," titah baginda. 

Tengku Hassanal bertitah demikian semasa berkenan mencemar duli merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang 2019 di sini hari ini, melibatkan 1,226 graduan peringkat diploma dan sijil institusi pendidikan tersebut. 

Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Kanan Kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Mohd Rashahidi @ Rusdi Mohamood . 

Tengku Hassanal seterusnya mengingatkan graduan Kolej Komuniti supaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk berbakti kepada masyarakat dan terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan. 

"Walau setinggi mana pun ilmu yang dicapai dan dikuasai, biarlah mengikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Ingatlah jasa ibu bapa, penjaga dan pensyarah yang sentiasa berusaha memberi ilmu kepada anda. 

"Jadilah seorang graduan yang berketerampilan dan profesional serta dalam masa sama memiliki keperibadian yang teguh, mulia dan bebas daripada sikap riak mahupun meninggi diri," titah baginda. 

Tengku Hassanal juga berkenan menzahirkan rasa terima kasih kepada pensyarah dan pengurusan serta pentadbiran Kolej Komuniti yang melancarkan proses pendidikan di institusi berkenaan. 

-- BERNAMA

.
.....

[ berita penuh ]

 

Penduduk Orang Asli cemas gajah liar kelilingi rumah


GUA MUSANG, 20 Ogos -- Sekeluarga tujuh beranak Orang Asli di Kampung Aring 5 di sini cemas apabila seekor gajah jantan liar memasuki kawasan kampung dan mengelilingi rumah mereka awal pagi ini.

 
 

Pengiktirafan bermakna kepada sukan Muay Thai Kelantan


KOTA BHARU,  20 Ogos -- Satu pengiktirafan besar kepada sukan Muay Thai Kelantan apabila peninju dari negeri itu dipilih mewakili negara pada Kejohanan ONE Championship pada 6 Sept depan di Ho Chi Minh City, Vietnam.

 
 

Identiti tiga mangsa rentung kemalangan masih belum dikenalpasti


TEMERLOH, 20 Ogos -- Polis masih belum dapat mengenalpasti identiti tiga mangsa yang ditemukan rentung dalam kemalangan berhampiran stesen minyak di pekan Mengkuang, Triang, Bera dekat sini, pagi tadi. 

 
 

Kerajaan Kelantan gagal ketepi saman Kerajaan Persekutuan berhubung tanah adat Orang Asli


KOTA BHARU, 20 Ogos -- Kerajaan Kelantan gagal mengetepikan saman kerajaan Persekutuan yang difailkan pada Januari lepas berhubung tanah adat masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

 
 

Sultan Terengganu sempurnakan pemakaian pangkat dua anakanda


KUALA TERENGGANU, 20 Ogos -- Dua anakanda Sultan Terengganu, Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua'az, hari ini masing-masing dipakaikan pangkat Leftenan dan Leftenan Muda.

 
 

Eratkan perpaduan menerusi dron


KOTA BHARU, 20 Ogos -- Perlumbaan dron mungkin belum popular di Malaysia namun telah wujud beberapa komuniti atau peminat lumba dron yaang bergiat aktif membangunkan sukan itu.

 
 

Tiga ditemukan rentung dalam kemalangan


KUANTAN, 20 Ogos — Tiga individu yang menaiki  sebuah kereta ditemukan rentung dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di pekan Mengkuang di Triang, Bera dekat sini, hari ini. 

 
 

Sekolah di pedalaman Kelantan tidak sabar sambut Hari Kebangsaan


KUALA KRAI, 20 Ogos (Bernama) -- Rasa tidak sabar untuk meraikan Hari Kebangsaan ke 62 pada penghujung bulan ini menyebabkan guru dan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Tengah, di sini, yang letaknya di kawasan pedalaman sentiasa mengadakan latihan setiap petang selepas habis kelas.

 
 

Kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan selamat tiba


KOTA BHARU, 19 Ogos (Bernama) — Kumpulan pertama melibatkan 148 jemaah haji dari negeri ini selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) malam ini. 

 
 

Pengusaha buah-buahan tropika diminta bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2020


RAUB, 19 Ogos (Bernama) -- Para pengusaha tanaman buah-buahan tropika secara komersial khususnya durian perlu membuat persiapan rapi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal menjelang, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel