Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Simpanan RM184,999 lesap akibat percaya 'pegawai polis'

KUANTAN, 17 Nov -- Seorang penoreh getah mendakwa kerugian RM184,999 selepas mempercayai dakwaan 'pegawai tinggi Bukit Aman’ untuk memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang tidak diketahuinya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa suspek meminta dia berbuat demikian kononnya bagi tujuan siasatan kerana maklumat perbankan peribadinya telah disalah guna pihak ketiga. 

Mangsa mendakwa dia pada mulanya dihubungi seorang lelaki mendakwa kakitangan bank pada Khamis lepas memaklumkan dirinya mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM7,000 menerusi kad yang didaftarkan di Kuala Lumpur.

"Panggilan itu dikatakan disambung ke pegawai polis Bukit Aman kerana memerlukan siasatan lanjut ekoran kad pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa termasuk nombor CVC yang ada di belakang kad itu telah diketahui pihak ketiga. 

"Mangsa mendakwa pegawai polis itu telah mengarahkannya untuk memindahkan semua wang simpanannya ke empat akaun berbeza yang diberikan suspek bagi memastikan wang itu tidak hilang dengan jaminan akan dipulangkan dalam tempoh tiga hari," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang bimbang wang simpanannya termasuk wang pusakanya hilang, telah mematuhi semua arahan diberikan suspek dan tidak membuat semakan dengan pihak bank kerana 'menunggu' tempoh masa yang diberikan. 

Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak dapat menghubungi suspek selepas tiga hari menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Pada kes berasingan, seorang remaja lelaki dari Benta, Lipis mendakwa kerugian RM800 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian tiket loteri di laman sosial, yang diiklankan pada 4 Nov lepas. 

Mohd Wazir berkata mangsa, 19, mendakwa telah berurusan dengan suspek menerusi nombor WhatsApp yang tertera di iklan itu dan diminta membayar RM300 bagi mendapatkan tiket loteri yang dikatakan mudah menang. 

"Suspek membuat bayaran itu pada 6 Nov lalu dan pada 8.30 malam hari sama, dia dimaklumkan nombor tiket loteri itu menang, namun disyaratkan perlu membayar RM500 sebelum dapat menuntut wang kemenangan.....

[ berita penuh ]

 

Musim tengkujuh bonus kepada penanam ubi di Kelantan


TANAH MERAH, 17 Nov -- Musim tengkujuh merupakan 'bonus' kepada pekebun kecil yang menanam pelbagai jenis ubi di Kelantan apabila tanaman terbabit mendapat sambutan daripada masyarakat dan peraih sehingga ia popular di negeri ini.

 
 

Tujuh pelatih CCRC Sungai Ruan lari


KUANTAN, 16 Nov  -- Tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan, di Raub dekat sini, melarikan diri daripada pusat berkenaan hari ini.

 
 

Maritim Kelantan tahan 45 nelayan Vietnam tangkap ikan secara haram


PASIR PUTEH, 16 Nov  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 45 nelayan dan menyita tiga bot dari Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, pada Rabu dan Khamis  lepas.

 
 

Wisma Putra terus pantau keadaan di Bolivia


KUANTAN, 16 Nov  -- Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan terkini di Bolivia berikutan ketegangan politik yang melanda negara berkenaan ketika ini.

 
 

100 remaja bawah 18 tahun terima rawatan diabetes di HUSM Kubang Kerian


KOTA BHARU, 16 Nov -- Kira-kira 100 remaja bawah 18 tahun kini mendapatkan rawatan diabetes di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

 
 

Kaji semula bidang kuasa IPCMC, elak ketidakadilan


KUALA TERENGGANU, 16 Jan  -- Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) disaran membuat kajian semula terhadap bidang kuasa mereka bagi mewujudkan sistem yang lebih lengkap dan mengelak berlaku penipuan.

 
 

Payatim bina Pusat Tunas Bakti tempatkan anak yatim, asnaf di Kelantan


PASIR PUTEH, 16 Nov -- Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (Payatim) akan membina Pusat Tunas Bakti bernilai RM4 juta di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas pada tahun hadapan.

 
 

Kelantan mohon peruntukan bina kolam renang daripada Kerajaan Persekutuan


KOTA BHARU, 16 Nov -- Kelantan akan memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk membina kolam renang di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Hamat.

 
 

Tiada trend luar biasa jangkitan saluran pernafasan di Pahang


KUANTAN, 16 Nov -- Tiada trend luar biasa jangkitan saluran pernafasan atau influenza dikesan di Pahang buat masa ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman. 

 
 

Ingatkan bangkai kerbau, rupanya mayat


KUANTAN, 15 Nov  -- "Saya ingatkan biawak sedang makan bangkai kerbau, tapi rupa-rupanya mayat," kata pesara Chan Ah Chai  yang menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang di tanah miliknya hari ini. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 -


 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel