Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Saya tidak gentar disiasat IPCMC - KPN

JERANTUT, 14 Nov -- Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menegaskan bahawa beliau tidak gentar untuk disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika terdapat aduan terhadapnya. 

Malah beliau turut menyatakan kesediaan untuk disiasat walaupun tanpa IPCMC jika ternyata beliau ada melakukan kesalahan sepanjang memegang jawatan nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Saya juga adalah warganegara Malaysia yang tertakluk kepada undang-undang yang sama seperti rakyat lain… Apa istimewanya KPN (Ketua Polis Negara) sehingga boleh melakukan sesuatu di luar undang-undang? 

"Adakah saya boleh mencekik atau membunuh orang? Tidak, saya tidak akan bantah (siasatan oleh IPCMC) dan saya tidak gentar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Kebangsaan Jerantut di sini hari ini. 

Abdul Hamid menambah tiada keperluan untuk berasa takut kepada IPCMC jika seseorang tidak melakukan kesalahan, sekali gus menjadikan beliau tidak mempunyai masalah kepada klausa untuk menyiasat KPN. 

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin semalam, bahawa semua anggota PDRM termasuk KPN tidak terkecuali daripada siasatan IPCMC. 

Pada perkembangan lain, Abdul Hamid berkata arahan supaya parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mendapatkan permit bagi kempen rumah ke rumah dan tinjauan mesra tidak dibuat atas arahan atau desakan mana-mana pihak. 

Sebaliknya, arahan itu yang hanya melibatkan pengisian borang dengan butiran kempen dibuat atas pertimbangan faktor keselamatan, bagi mengelakkan pertembungan antara calon yang bertanding di lokasi sama pada satu-satu masa, katanya.

"Tapi dalam isu ini dua-dua pihak juga marah dan tidak puas hati, baik dari Pakatan Harapan atau Barisan Nasional. Jika kedua-dua pihak tidak mahu, kita boleh tarik semula (arahan itu) bila-bila masa. 

"Saya juga tidak mahu ada sekatan pada politik dan seboleh-bolehnya kita mahu demokrasi itu lebih lagi. Kita buat atas faktor keselamatan. Jika berlaku apa-apa esok, saya tidak mahu lepas tangan dan akan ambil tindakan jika melibatkan keselamatan," katanya. 

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata berdasarkan pemerhatiannya di Tanjung Piai selepas dua kali berkunjung ke situ, beliau melihat suasana kempen berlangsung secara sihat dan tiada perkara besar yang perlu dibimbangkan. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Amphibian Humdinga mantapkan persediaan PPM Wilayah 3 hadapi banjir


TUMPAT, 14 Nov - Kenderaan Amphibian Humdinga bernilai RM4.9 juta yang diterima   seminggu lepas memantapkan lagi persediaan Pasukan Polos Marin (PPM) Wilayah 3 dalam menghadapi musim banjir kali ini, kata Komandernya ACP Norzaid Muhammad Zaid.

 
 

Orang Asli Kuala Koh bakal dapat elektrik


GUA MUSANG, 14 Nov -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam untuk dinikmati 53 keluarga penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh awal tahun depan. 

 
 

Kelantan tambah pokok rhu majukan 'Pulau Nami Kelantan'


BACHOK, 14 Nov -- Kerajaan Kelantan sedang gigih meneruskan usaha menambah 1,600 pokok rhu yang disumbangkan Jabatan Perhutanan Negeri di sepanjang Pantai Senok di sini, juga dikenali sebagai 'Pulau Nami Kelantan' tahun ini bukan sahaja bagi tujuan menjaga pantai, tapi juga bagi tujuan pengindahan landskap.

 
 

Gading gajah dan senjata api dirampas di Gua Musang


KOTA BHARU, 14 Nov -- Seorang lelaki Orang Asli ditahan polis selepas pemeriksaan yang dilakukan di rumahnya di Kampung Sugi dekat Pos Pasik, Gua Musang menemui dua gading gajah dan sepucuk senapang patah bersama 31 butir peluru pada Selasa lepas.

 
 

Sekolah rai, beri anugerah kepada semua murid


KUALA NERUS, 14 Nov -- Lazimnya hanya pelajar tertentu menerima anugerah kecemerlangan namun kali ini berbeza apabila sebuah sekolah di sini meraikan kesemua pelajarnya berdasarkan penilaian pelbagai kategori.

 
 

PPM Pengkalan Kubor rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000


TUMPAT, 14 Nov  -- Sebanyak 2,150 karton rokok putih jenama Premium bernilai RM287,208 termasuk cukai berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 dalam operasi berdekatan Kampung Chenerong Kubu Baru di sini, awal pagi semalam.

 
 

Banjir kilat surut, Kampung Cheting di Hulu Terengganu ditutup


KUALA TERENGGANU, 14 Nov  -- Pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Kampung Cheting dekat Hulu Terengganu yang menempatkan 33 penduduk terjejas banjir kilat malam tadi ditutup pada 8 pagi ini.

 
 

Tiram lubuk rezeki di musim tengkujuh


Laporan eksklusif oleh Noornasrin Salsabila Othman

KOTA BHARU, 14 Nov  -- Musim tengkujuh di Pantai Timur yang juga sinonim dengan musim  banjir sentiasa meresahkan penduduk terutama golongan nelayan yang dikatakan ‘hilang’ punca mencari rezeki di laut. 

 
 

Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 14 Nov  -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang pertama mula dibuka di Terengganu berikutan hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat berlaku malam tadi.

 
 

ICU bantu penuntut miskin, miskin tegar permudah pembelajaran


KOTA BHARU, 13 Nov  -- Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) memberi insentif kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berada dalam kelompok miskin dan 20 peratus miskin tegar di bawah sistem e-Kasih.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 -


 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel