Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasar percuma di Kuala Berang gembirakan golongan kurang berkemampuan di Aidilfitri

Oleh Kamaliza Kamaruddin

KUALA TERENGGANU, 10 Mei (Bernama) -- Lambakan pakaian yang sudah tidak muat dipakai oleh enam anaknya mendorong seorang lelaki mewujudkan sebuah pasar percuma di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu. 

Rosli Nooral Azhar, 48, berkata beliau pernah terfikir untuk mendermakan semua pakaian itu kepada golongan memerlukan, namun agak sukar dilakukan bersendirian kerana kekangan masa. 

"Hasil perbincangan dengan isteri dan sahabat terdekat, kami wujudkan sebuah pusat pengumpulan dan pengagihan pakaian di Kuala Berang yang boleh diambil sesiapa sahaja secara percuma," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Pasar percuma itu telah dimulakan pada Ramadan tahun lalu dan sejak itu, jumlah sumbangan pakaian yang diterima pihaknya semakin meningkat.

Selain pakaian, orang ramai turut menderma pelbagai barangan lain seperti makanan dan keperluan dapur. 

Setakat ini, pasar percuma itu telah menerima lebih 3,000 pasang baju kurung, blaus wanita dan baju kanak-kanak serta bayi, 300 helai tudung, 500 helai pakaian lelaki serta ratusan permainan untuk kanak-kanak. 

Rosli berkata berikutan jumlah sumbangan yang diterima semakin meningkat sejak awal Ramadan ini, pihaknya memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk membantu pengunjung pasar percuma mencari pakaian serta barangan yang sesuai untuk mereka.....

[ berita penuh ]

 

Lelaki hadapi masalah mental ditemui maut dalam kereta


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Seorang lelaki, yang dipercayai mengalami masalah mental ditemui maut  hari ini, dalam sebuah kereta di sebuah taman perumahan di Sungai Ruan, Raub dekat sini, disyaki akibat membunuh diri. 

 
 

Seorang lemas, enam selamat bot karam di Pulau Tenggol


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Seorang lelaki ditemukan lemas manakala enam lagi terselamat selepas bot nelayan disewa mereka karam dalam kejadian ribut di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, malam tadi. 

 
 

Dua pelajar mangsa rempuhan kereta terbabas di Tumpat maut


#SayangiMalaysiaku  #SetahunMalaysiaBaharu

Dua pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas dalam kejadian di Kampung Pasir Puteh, di sini, hari ini. 

 
 

Alam Flora dan KEMUDI kerjasama bantu golongan OKU


#SayangiMalaysiaku  #SetahunMalaysiaBaharu

 

KOTA BHARU, 9 Mei (Bernama) -- Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada bulan Ramadan dengan memberi sumbangan serta menceriakan kediaman golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini. 

 
 

Kutipan hasil Pahang meningkat RM41.3 juta


#SayangiMalaysiaku  #SetahunMalaysiaBaharu

 

KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan negeri Pahang bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak RM41.3 juta kepada RM181.5 juta daripada RM140.2 juta bagi tempoh sama 2018.

 
 

Macau Scam: Pekebun rugi RM72,000


#SayangiMalaysiaku  #SetahunMalaysiaBaharu

 

KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pekebun kerugian RM72,000 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam kononnya dia terlibat dalam kegiatan dadah. 

 
 

Kemudi lancar ‘Kita Kongsi’ bantu golongan asnaf di Kelantan


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

 

KOTA BHARU, 9 Mei (Bernama) -- Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dengan kerjasama hotel Royal Guest House (RGH) serta Kelate Creative TV (KCTV) akan turun padang membantu golongan asnaf di negeri ini menerusi program ‘Kita Kongsi’ sepanjang Ramadan ini. 

 
 

Penutupan 50 GLC Terengganu jimatkan RM150 juta setahun - MB


KUALA TERENGGANU, 8 Mei (Bernama) -- Penutupan 50 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan Terengganu yang tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan akan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta setiap tahun.

 
 

Orang ramai gesa kerajaan Kelantan tarik balik arahan


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Oleh Noornasrin Salsabila Othman

KOTA BHARU, 8 Mei (Bernama) -- Ramai dalam kalangan rakyat Kelantan menggesa kerajaan negeri menarik balik arahan kepada pemilik kedai makan dan restoran supaya menutup premis perniagaan dari pukul 8.30 hingga 10 malam sepanjang Ramadan ini. 

 
 

Penduduk Orang Asli Kuala Koh minta buka kelas khas


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

GUA MUSANG, 8 Mei (Bernama) -- Ibu bapa Orang Asli di Kampung Kuala Koh, di sini, meminta Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK) membuka kelas khas untuk anak mereka seperti yang dilakukan di Kampung Aring 5, sebulan lalu. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 -


 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel