Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dogol, Boboi popular di Taman Bandar Kuantan

KUANTAN, 27 Julai (Bernama) -- 'Sado tapi jinak' merupakan sifat lembu sado jenis Charolais bernama Dogol, sehingga menjadi 'figura' popular pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pahang 2019 di Taman Bandar di sini, hari ini. 

Pemiliknya Muhammad Taufiq Ramli, 27, berkata Dogol yang berusia dua tahun juga amat manja dan suka dibelai 'peminat' khususnya kanak-kanak yang lazimnya berasa teruja melihat kelibat lembu putih seberat 790 kilogram itu. 

"Kanak-kanak memang suka memegang Dogol, sama ada di kandang atau di sini. Malah, tadi sempat saya membawa Dogol keluar dan ditambat di pokok supaya lebih dekat dengan mereka yang hendak membelainya. 

"Jika di kandang, ada masanya anak rakan meminta untuk menunggang Dogol. Setakat ini, ia tidak pernah bersikap agresif dan saya juga akan memerhatikan keadaan supaya tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Muhammad Taufiq yang mengusahakan ternakan lembu di Kampung Pandan di sini sejak enam tahun lepas, mengakui sememangnya Dogol paling menonjol daripada 80 ekor ternakannya kerana saiznya yang luar biasa dan sifatnya yang jinak. 

Lembu jantan yang dinobatkan sebagai King of Charolais pada program itu, menurut Muhammad Taufiq, tidak cerewet untuk dibela dan diberi makan sebanyak lima kilogram sehari terdiri daripada dedak makanan lembu dan rumput. 

Walaupun Dogol dinilaikan pada harga RM15,000, Muhammad Taufiq berkata setakat ini beliau belum bersedia untuk menjual lembu itu kerana masih seronok melihat gelagat manja Dogol. 

Sementara itu, turut mengungguli carta lembu sado popular ialah Boboi yang berusia setahun lapan bulan seberat 578 kilogram milik Ahmad Rashidi Awang, 48, dari Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut dekat sini. 

Ahmad Rashidi yang sudah enam tahun mengusahakan ternakan itu, secara berseloroh berkata, Boboi adalah anak jati Pahang walaupun 'bapanya' berasal dari Perancis, merujuk kepada baka yang digunakan dalam kaedah permanian beradas dengan lembu tempatan. 

"Tak sukar untuk menjaga Boboi kerana diletakkan di kandang...cuma sesekali saya bawa keluar untuk biarkan ia bermain tanah memandangkan kandang bersimen. Mudah menjaga lembu ini dan pulangannya juga tinggi.

"Boboi juga dimandikan dua kali sehari bagi menjaga kebersihannya dan lazimnya saya melakukannya sebelum memberi makan. Setiap hari, saya memperuntukkan enam kilogram makanan yang dibahagi pada pagi dan petang," katanya. 

Ahmad Rashidi juga berkata beliau menerima tawaran sebanyak RM12,000 untuk Boboi pada hari ini, namun masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerimanya atau tidak. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Tourism Malaysia galak komuniti terlibat dalam aktiviti pelancongan


KOTA BHARU, 27 Julai (Bernama) -- Tourism Malaysia Kelantan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam industri Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.

 
 

Dua makam berusia lebih 180 tahun dipindahkan


KOTA BHARU, 27 Julai (Bernama) -- Dua makam yang berusia lebih 180 tahun dipercayai milik kerabat Dato' Lundang Kelantan dan panglimanya yang terletak di tanah persendirian di Kampung Pulong, Kubang Kerian digali hari ini untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Kerabat Dato' Lundang di Langgar di sini.

 
 

Pesara wanita ditipu wang simpanan RM123,500 oleh 'pegawai Bank Negara'


KUANTAN, 27 Julai (Bernama) — Seorang pesara wanita kehilangan kesemua wang simpanannya berjumlah RM123,500 dalam tempoh seminggu, selepas mendakwa diperdayakan oleh seseorang yang mengaku sebagai  ‘pegawai Bank Negara’, sejak April lalu. 

 
 

Siri jelajah Hari Sarapan Malaysia MILO sasar 100,000 penyertaan


KOTA BHARU, 27 Julai (Bernama) -- MILO menyasarkan 100,000 penyertaan dari seluruh negara dalam siri jelajah Hari Sarapan Malaysia MILO tahun ini berbanding 84,000 peserta pada tahun lalu.

 
 

SM Imtiaz Kemaman juara program Sentuhan Harapan Yayasan Petronas


KUALA TERENGGANU, 26 Julai 2019 -- Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman muncul juara program Sentuhan Harapan Yayasan Petronas - All About Youth (AAY 2019) melalui projek CO2NCER.

 
 

NAFAS mohon kerajaan timbang semula pembukaan tender bekal baja padi subsidi kepada swasta


BANDAR PERMAISURI, 26 Julai (Bernama) --  Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memohon kerajaan pertimbangkan kembali pembukaan tender untuk membekalkan baja padi bersubsidi bagi tahun 2020 kepada pihak swasta.

 
 

Pekan Budaya Marang dicadang masuk kalendar pelancongan TMM2020


MARANG, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan mencadangkan program Pekan Budaya Marang dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

 
 

Aktiviti pelancongan di Tok Bali meningkat selepas kerajaan sambung pembinaan ECRL


PASIR PUTEH, 26 Julai (Bernama) -- Aktiviti pelancongan di Tok Bali di sini, dilihat semakin rancak selepas kerajaan mengumumkan untuk menyambung kembali pembinaan projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dihentikan seketika selepas Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

 
 

PKR Pahang sokong Anwar terus pimpin parti


KUANTAN, 26 Julai (Bernama) -- PKR Pahang hari ini menyatakan sokongan kepada Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin dan menentukan masa depan parti. 

 
 

Paus Pilot Sirip Pendek pula muncul di perairan Terengganu


KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) -- Selepas Paus Orca atau Killer Whale, Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan apabila sekumpulan Paus Pilot Sirip Pendek pula ditemui muncul buat pertama kali di perairan negeri ini, pada Rabu lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel