Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pahang berkabung 40 hari bermula hari ini

KUANTAN, 22 Mei (Bernama) -- Negeri Pahang akan berkabung selama 40 hari bermula 12 tengah hari ini bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. 

Beliau berkata selama tempoh berkabung, semua bendera negeri akan dikibarkan setengah tiang dan untuk tempoh tiga hari pertama iaitu bermula hari ini sehingga 12 tengah hari Sabtu, tiada acara keraian atau hiburan dibenarkan. 

Golongan kerabat Pahang akan berkabung selama 100 hari, katanya. 

Sallehuddin berkata, jenazah almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah akan dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan di sini, pada petang ini. 

"Jenazah akan dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan dan rakyat yang ingin menziarah dan memberi penghommatan terakhir boleh berbuat demikian bermula malam ini sehingga 9 pagi esok. 

"Rakyat dibenarkan untuk melakukan solat jenazah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah di balairung tersebut," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Sallehuddin berkata mereka yang ingin menziarah diingatkan untuk berpakaian berkabung serba hitam yang sesuai, dengan golongan wanita dinasihatkan untuk memakai tudung atau seledang. 

Sallehuddin berkata istiadat rasmi pemakaman dijadualkan bermula pada 9 pagi esok, dengan jenazah almarhum dibawa ke persada di Istana Abu Bakar untuk penghormatan terakhir oleh kerabat dan orang kenamaan, bermula 11 pagi. 

"Jenazah almarhum seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja dan solat jenazah akan diimamkan oleh Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman sebelum dimakamkan selepas Zohor esok," katanya. 

Sallehuddin juga mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada di luar negara dijadualkan berangkat ke Istana Abu Bakar pada pagi esok. 

Semua surau dan masjid di Pahang juga diminta untuk mengadakan tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula hari ini. 

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi. 

-- BERNAMA

.
.....

[ berita penuh ]

 

Polis ada petunjuk positif keberadaan Jho Low - KPN Abdul Hamid


Polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebaga Jho Low, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

 
 

Dua beranak hilang tempat tinggal selepas rumah hangus terbakar


KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Dua beranak terpaksa mengharungi Ramadan ini dalam keadaan sukar apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Hiliran Jejawi, di sini hangus dalam kebakaran pada kira-kira pukul 2.00 petang ini.

 
 

Penjawat awam Terengganu terima bonus raya RM400


KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian bonus raya RM400 seorang kepada seramai 12,700 penjawat awam negeri melibatkan penjawat gred 54 ke bawah.

 
 

Polis Marin rampas 70 botol air daun ketum di Tok Bali


PASIR PUTEH, 21 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Tok Bali Wilayah Tiga Kelantan merampas 70 botol (350 liter) daun ketum  bernilai RM2,100 yang siap diproses dalam serbuan di sebuah rumah kediaman di Tok Bali, di sini petang semalam.

 
 

'Ide gile' dua beranak wujud hotel kapal terbang dalam hutan


Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 21 Mei (Bernama) -- 'Ide gila' dua beranak sejak tiga tahun lepas, mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini. 

 
 

KADA galak rakyat Kelantan tanam kopi


TUMPAT, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu menggalakkan penduduk Kelantan menanam kopi sebagai usaha mengembangkan industri itu berikutan 'trend' di seluruh dunia yang meminati minuman berkenaan.

 
 

Remaja hancur lima jari tangan akibat main mercun


BESUT, 20 Mei (Bernama) -- Akibat bermain mercun seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hilang kelima-lima jari tangan kanannya dalam satu kejadian di Kampung Kubang Ikan, di sini, hari ini.

 
 

32,951 rumah mampu milik siap dibina sejak tiga bulan pertama 2019


CHUKAI, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan 32,951 unit kediaman Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

 
 

Wajib selesai sisa buangan walaupun berpindah - Fuziah


Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) wajib menyelesaikan masalah sisa buangannya di Gebeng di sini, walaupun memindahkan operasinya ke negara lain. 

 
 

Pembangunan MCKIP angkat jenama Malaysia ke antarabangsa


Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) yang terletak di Gebeng di sini, mampu mengangkat jenama barangan buatan Malaysia ke persada antarabangsa.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 -


 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel