Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesara tentera dakwa diperdaya bomoh dari laman sosial

KUANTAN, 28 Nov -- Gara-gara mempercayai bomoh yang diketahui menerusi laman sosial , seorang pesara tentera mendakwa kerugian RM8,390 yang dibayar sebagai upah menilik nasib.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 44 tahun mendakwa mengetahui perkhidmatan bomoh itu yang mendakwa berstatus ‘Datuk’  menerusi laman sosial sekitar Jun lalu. 

“Mangsa mendakwa tertarik dengan iklan perkhidmatan bomoh tersebut menyebabkan dia terus menghantar pesanan WhatsApp yang mana suspek mendakwa boleh membantunya menilik nasib. 

“Bomoh itu juga dikatakan telah menawarkan diri untuk melakukan upacara sembahyang bagi pihak mangsa, jika tilikan itu mendapati mangsa  tidak bernasib baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa diminta  membayar wang bagi upacara itu, dengan bayaran pertama sebanyak RM100 pada 3 Jun lalu, namun bomoh itu mengatakan  wang itu tidak cukup dan meminta bayaran RM8,390  lagi dan mangsa kemudian memberikannya. 

Beliau berkata apabila bomoh tersebut tidak boleh dihubungi sejak beberapa hari lalu mangsa merasa curiga dan  membuat laporan di balai polis Mentakab, Temerloh dekat sini, semalam. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.....

[ berita penuh ]

 

UMT naik 48 tangga penarafan QS Asia University Rankings 2020


KUALA NERUS, 28 Nov -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperbaiki kedudukannya apabila melonjak 48 anak tangga dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2020.

 
 

Lelaki dikhuatiri hilang selepas jumpa rakan


KEMAMAN, 27 Nov -- Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira pukul 9.30 malam, Rabu lepas.

 
 

Dua import baharu TFC bakal tiba minggu hadapan


KUALA NERUS, 27 Nov  -- Dua pemain import dari benua Afrika akan tiba di negeri ini Selasa depan bagi memulakan musim baharu Liga Malaysia (Liga M) bersama Terengganu FC (TFC).

 
 

Terengganu lulus Belanjawan 2020


KUALA TERENGGANU, 27 Nov  -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2020.

 
 

Kesalahan pusat hiburan, pelancongan di Terengganu berkurangan


KUALA TERENGGANU, 27 Nov  -- Sebanyak 32 kes pelbagai kesalahan telah direkodkan dan diambil tindakan terhadap pemilik pusat hiburan dan tempat pelancongan di Terengganu dari Januari hingga 31 Okt lepas.

 
 

Terengganu raih pelaburan RM3.59 bilion


KUALA TERENGGANU, 27 Nov  -- Terengganu berjaya meraih pelaburan bernilai RM3.59 bilion sepanjang tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

 
 

56,884 penduduk Terengganu dalam senarai e-Kasih


KUALA TERENGGANU, 27 Nov  -- Terdapat 56,884 penduduk Terengganu yang berada dalam senarai e-Kasih setakat 31 Okt lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

 
 

Warga emas rugi RM26,500 diperdaya dalam pembelian tanah


KUANTAN, 27 Nov  -- Seorang warga emas mendakwa kerugian RM26,500 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian tanah di Kampung Sepat di sini, sejak Julai lepas.

 
 

Projek kawalan hakisan Pantai Kuala Nerus dijangka bermula tahun depan


DUNGUN, 26 Nov -- Masalah hakisan pantai yang kritikal di kawasan pantai Kuala Nerus, dijangka akan dapat diatasi apabila projek kawalan hakisan, dijangka mula dilaksanakan tahun hadapan.

 
 

Terengganu eksport sarang burung walit ke China Januari 2020


KUALA TERENGGANU, 26 Nov -- Terengganu bakal mengeksport satu kontena sarang burung walit ke China bermula akhir Januari tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 -


 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel