Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jemaah haji dinasihat buat persiapan hadapi musim panas

KUANTAN, 29 Jun (Bernama) -- Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas di Tanah Suci yang dijangka boleh mencecah sehingga hampir 50 darjah Celsius tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata jemaah juga dinasihatkan untuk minum air secukupnya sepanjang berada di sana, bagi mengelakkan risiko terkena strok haba. 

"Jemaah wanita diingatkan membawa pakaian bersesuaian dengan cuaca panas seperti diperbuat daripada kapas. Kita harap semua jemaah haji akan menjaga kesihatan sepanjang berada di Mekah," katanya. 

Fuziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Perpaduan Demi Negara dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang 2019 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. 

Majlis yang mengumpulkan 1,100 wakil daripada 540 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh Pahang itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris. 

Fuziah juga berharap semua 30,200 jemaah haji tahun ini menjaga kebersihan bagi mengekalkan persepsi jemaah Malaysia sebagai kumpulan paling berdisiplin dan antara paling bersih apabila meninggalkan khemah apabila selesai beribadat. 

"Kita akan meneruskan kempen kebersihan Perdana Masyair yang diadakan kali pertama pada musim haji tahun lalu bagi memastikan aspek kebersihan terus menjadi keutamaan jemaah Malaysia. 

"Selain itu, kita juga meneruskan kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dalam sistem prapelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dimulakan dengan projek rintis pada tahun lalu,” katanya. 

"Ini bermakna jemaah tidak perlu melalui proses pemeriksaan pasport, Imigresen dan Kastam di Arab Saudi yang dapat menjimatkan masa menunggu antara enam ke lapan jam di lapangan terbang di sana selain beg dihantar terus ke hotel," tambahnya.....

[ berita penuh ]

 

NAFAS laksana proses pemutihan keluasan padi elak ketirisan


Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini sedang melaksanakan pemutihan jumlah keluasan padi di seluruh negara bagi mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam agihan baja subsidi yang dibekalkan oleh pertubuhan itu.

 
 

ILP Ipoh terima 17 permohonan daripada anak Orang Asli untuk program TVET


Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh menerima sebanyak 17 permohonan baharu daripada anak-anak Orang Asli menerusi program Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

 
 

Warga emas mangsa sindiket penipuan tiket loteri


Seorang warga emas kerugian RM4,500 selepas terjebak dalam penipuan tiket loteri tidak wujud yang didalangi warga asing. 

 
 

Insiden pukul: guru, pelajar setuju berdamai


Perselisihan faham antara seorang guru jasmani yang didakwa memukul seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, selesai apabila mereka saling bermaaf-maafan hari ini.

 
 

Masjid Razaleigh bercirikan Masjidil Haram Makkah dibuka akhir tahun


Masjid Razaleigh yang bercirikan Masjidil Haram di Makkah termasuk disediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf bagi bakal dijangka dibuka sebelum akhir tahun ini. 

 
 

Potensi Setiu Wetland sebagai pusat maklumat


BANDAR PERMAISURI, 28 Jun (Bernama) -- Setiu Wetland di daerah Setiu, Terengganu berpotensi diperkembangkan sebagai pusat maklumat bagi tanah bencah selain dari kawasan pelancongan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Isham Ishak.

 
 

Kerajaan pertimbang pekerja asing dari Afrika


Kerajaan akan mempertimbang untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

 
 

Seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu


KUALA TERENGGANU, 28 Jun (Bernama) -- Seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh.

 
 

Persembahan kebudayaan meriahkan Sambutan Hari Afrika


Sambutan Hari Afrika yang diadakan di sini malam tadi diserikan dengan persembahan muzik  menghiburkan, selain pelbagai hidangan menarik daripada lebih 20 negara dan pameran produk serta persembahan kebudayaan yang menarik. 

 
 

Polis berkas 83 penagih dadah dalam Op Sarang khas


Polis menahan 83 penagih dadah termasuk enam wanita dalam Op Sarang Khas di sekitar Tanjung Lumpur di sini, yang bermula awal pagi tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 -


 
 
     
   
 

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     

Sembilan ketua cabang PKR Sabah tuntut tiada tindakan disiplin terhadap Zuraida

 
     

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel