Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buntu mahu beli peralatan sokongan anak tiri

KUANTAN, 27 Sept -- Seorang suri rumah buntu untuk mencari wang bagi membeli alat sokongan dianggarkan bernilai RM12,500 buat anak tirinya berusia lima tahun yang patah tengkuk akibat kemalangan Isnin lepas. 

Noraini Nordin, 32, berkata peralatan sokongan itu perlu dibeli bagi membolehkan Nur Aisyah Humairah Mohd Nasrul menjalani pembedahan yang diperlukannya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, secepat mungkin. 

Beliau berkata keadaan bertambah buruk kerana suaminya Mohd Nasrul Ghazali, 37, juga sedang dirawat di HTAA kerana patah bahagian rahang mulut dan kedua-dua belah kaki akibat kemalangan itu. 

"Kemalangan berlaku semasa suami dalam perjalanan menghantar anak (Nur Aisyah Humairah) ke tadika di Sungai Soi... saya hanya tahu kereta Perodua Kancil suami bertembung dengan sebuah lagi kereta Kancil. 

Selain patah tengkuk, anak juga mengalami pendarahan dalam kepala menyebabkan dia koma selama tiga hari. Tapi, saya diberitahu anak akan dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa hari ini sementara menunggu pembedahan," katanya semasa ditemui pemberita di HTAA di sini, hari ini.

Noraini berkata sejak Isnin lepas, beliau masih belum pulang ke rumah kerana 'berkampung' di HTAA menjaga suami dan anaknya yang masing-masing ditempatkan di wad tingkat lima dan tingkat empat hospital berkenaan. 

Beliau juga memaklumkan baharu berkahwin dengan Mohd Nasrul sebulan lalu, dan selain Nur Aisyah Humairah, mereka mempunyai tiga lagi anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulu Noraini. 

Tiga lagi anak yang berusia antara tujuh dan empat tahun kini diletakkan di bawah jagaan nenek mereka di Cherok Paloh di sini, sementara Noraini berada di hospital. 

"Saya buntu bila memikirkan tentang kos rawatan anak kerana hanya suami yang bekerja. Itu pun, suami baharu sebulan bekerja sebagai tukang masak di asrama institusi pengajian tinggi swasta di sini. 

Sebelum ini, suami bekerja sebagai tukang masak di Bangi. Saya masih tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar Nur Aisyah Humairah kepada suami kerana tidak mahu dia bimbang," katanya. 

Noraini berkata beliau ada membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung pembelian peralatan sokongan itu, namun setakat ini tidak tahu status permohonan tersebut. 

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat membantu membiayai kos rawatan Nur Aisyah Humairah dengan menyumbang ke dalam akaun CIMB 7034781974 miliknya. 

-- BERNAMA 

.....

[ berita penuh ]

 

Kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran di Gual Ipoh


Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU)  meninggal dunia dalam satu kebakaran rumah di Kampung Paku Gua Ipoh, pagi tadi.

 
 

Jangan terlalu ghairah cari gol - Nafuzi


KUALA TERENGGANU, 27 Sept -- Pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu ghairah mencari gol ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam esok.

 
 

Derita pemanjat kelapa dalam koma dapat perhatian


Kesengsaraan seorang pemanjat kelapa  Shah Ahmad Nizan  Salleh, 36, yang masih koma dan terlantar selepas terjatuh daripada pokok kelapa sejak Julai lepas di Kampung  Bukit  Tanah, Semerak, sedikit terbela apabila mendapat bantuan daripada  pelbagai pihak.

 
 

NAFAS mahu PPK realisasikan lima kluster baharu bagi tingkatkan pendapatan


PASIR MAS, 27 Sept -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), mahu ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini melibatkan diri dalam lima kluster baharu, bagi meningkatkan pendapatan mereka.

 
 

Terengganu berhasrat contohi konsep pertanian bandar di Jepun


Kerajaan Terengganu berhasrat mencontohi konsep pertanian bandar yang dilaksanakan di Tokyo, Jepun kerana kaedah itu mampu meningkatkan hasil pertanian tiga kali ganda berbanding kaedah pertanian konvensional.

 
 

Jangan buat maksiat ketika tonton wayang


KUALA TERENGGANU, 26 Sept --  Jangan cuba buat maksiat di panggung Lotus Five Star (LFS) Cinema di Paya Bunga (PB) Sentral.

 
 

Penternak ikan sangkar di Tumpat tangguh kemasukan benih ikan ekoran jerebu


KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Penternak ikan sangkar Laguna Sri Tujoh, Tumpat mengambil keputusan tidak memasukkan benih ikan baharu sejak beberapa minggu lepas ekoran jerebu.

 
 

385 pusat bekalan tadahan air bukit dibina di Kelantan


GUA MUSANG,  26 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) sudah membina 385 pusat bekalan tadahan air bukit untuk keperluan 90,574 penduduk luar bandar di Kelantan. 

 
 

Kelantan tandatangan MoU dengan syarikat swasta sempena TMK2020


KOTA BHARU, 26 Sept -- Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan firma perunding strategik pengiklanan media, Laduni Services Sdn Bhd dan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, bagi memperhebat promosi Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020).

 
 

Wanita maut semasa jemput anak pulang sekolah


KUANTAN, 25 Sept  -- Seorang wanita ditemukan maut dalam keretanya, selepas mengadu sesak nafas semasa hendak menjemput anaknya pulang di kawasan tempat letak kereta Sekolah Kebangsaan (SK) Temin, Jerantut dekat sini, hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 -


 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel