Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPJ tempat anggota di 18 lokasi kerap kemalangan

KUANTAN, 30 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang akan menempatkan anggotanya di 18 lokasi daripada 36 kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini, kata Pengarahnya Mohammad Abdullah.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan rondaan lebih kerap bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan, selain memberikan tumpuan kepada kenderaan berat yang dilarang untuk menggunakan jalan raya pada tempoh larangan. 

Mohammad berkata seramai 326 kakitangan JPJ negeri dengan 74 buah kenderaan akan ditempatkan di 18 lokasi itu yang antaranya melibatkan laluan utama ke Kelantan seperti Bentong-Raub dan Benta-Merapoh di Lipis. 

Selain itu, ia juga turut melibatkan laluan dari Selatan untuk ke Pantai Timur seperti Nenasi-Tanjung Gemok dan Muadzam-Segamat di Rompin dan Pekan-Leban Chondong. 

"Ketetapan ini dibuat kerana kita menyasarkan penurunan kepada statistik kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan yang dicatatkan pada tahun lepas," katanya selepas melancarkan Operasi Penguatkuasaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Gambang di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, Mohammad juga mengagihkan bubur lambuk, risalah berkaitan portal perkhidmatan dalam talian jabatan MySIKAP dan risalah pemberitahuan untuk pengguna melaporkan kesalahan lalu lintas kepada pengguna jalan raya. 

Beliau berkata pengguna jalan raya boleh membuat aduan secara terus di talian 09-5733027 atau menggunakan aplikasi WhatsApp dengan butiran lengkap kesalahan ke 013-4498997 atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my.....

[ berita penuh ]

 

30 Julai cuti umum di Pahang


KUANTAN, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 
 

24 lokasi kerap kemalangan di Pahang


KUANTAN, 30 Mei (Bernama) -- Polis Pahang akan memberi tumpuan kepada 24 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini, yang akan diberi tumpuan khusus sepanjang pelaksanaan Op Selamat 2019.

 
 

Hanya 10 peratus pegawai, anggota bomba Terengganu dibenarkan cuti raya


KUALA TERENGGANU, 30 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu hanya membenarkan 10 peratus daripada lebih 700 pegawai dan anggotanya, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

 
 

Anggota JPJ menyamar dalam bas ekspres


KUALA TERENGGANU, 30 Mei (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menggerakkan 26 anggota bagi menjalankan tugas penyamaran dalam bas ekspres sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula semalam hingga 13 Jun depan.

 
 

UMK akan buka ruang pelajar sertai anggota senat


KOTA BHARU 30 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan melantik dua pelajarnya sebagai pemerhati terlebih dahulu, sebelum dibuka ruang menjadi Anggota Senat universiti itu, selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

 
 

Sultan Kelantan berbuka bersama warga PDRM


KOTA BHARU, 30 Mei (Bernama) -- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini malam semalam.

 
 

Yayasan Petronas peruntuk RM60,000 bantu asnaf


Yayasan Petronas memperuntukkan RM60,000 untuk 150 orang murid kurang berkemampuan di sekitar Jajahan Tumpat sempena Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas 2019. 

 
 

Buruh binaan didakwa mahu serang kuil


Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan, termasuk berhubung aktiviti keganasan dan membuat ancaman serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, di Subang Jaya.

 
 

Isteri peniaga air batu kental jaga 11 anak dan suami sakit


Hidup mereka sekeluarga tidak pernah surut dari menghadapi kesusahan, namun dengan kecekalan ibu yang melahirkan, 11 anak diajar berdikari.

 
 

Aidilfitri: bapa mohon bantuan hubungi anak dalam tahanan di China


Seorang bapa merayu bantuan Wisma Putra, khususnya kedutaan Malaysia di China untuk membantu beliau menghubungi anaknya, yang kini dalam tahanan di negara itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 -


 
 
     
   
 

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel