Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Set gamelan 208 tahun Iringi Istiadat Pertabalan

Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 23 Julai (Bernama) -- Set gamelan berusia 208 tahun yang akan digunakan bagi mengiringi dan menyerikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini mempunyai kisah yang bernilai untuk dikongsi. 

Ini kerana alatan muzik yang sinonim sebagai seni muzik istana itu bukan sahaja mencatat sejarah sebagai set pertama yang dibawa masuk ke Tanah Melayu, tetapi cukup signifikan bagi institusi diraja Pahang. 

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang Datuk Ahmad Farid Abd Jalal berkata set gamelan itu dibawa masuk ke negara ini dari istana kesultanan Riau-Lingga, Pulau Penyengat, Riau pada 1811 dan membuat persembahan pertama di khalayak ramai di Pekan, Pahang.

"Instrumen muzik berkenaan dibawa masuk ke Pahang oleh sekumpulan penari dan pemuzik bagi menyerikan majlis perkahwinan adinda kepada pemerintah Pahang Bendahara Tun Ali, iaitu Wan Esah dengan Tengku Hussain, yang merupakan putera sulung kepada Sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III,” katanya kepada Bernama. 

Seni muzik gamelan kemudiannya berkembang di Istana Pahang ketika pemerintahan Sultan Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah menerusi Tengku Ampuan Wan Fatimah dan isteri kedua baginda, Che Zubedah, dan dikenali sebagai joget Pahang. 

Menurut Ahmad Farid, set gamelan itu kemudian merantau ke Terengganu pada 1915 apabila Che Zubedah berhijrah ke negeri itu setahun selepas kemangkatan Sultan Ahmad untuk menetap bersama puterinya Tengku Ampuan Mariam yang berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (putera Sultan Zainal Abidin III).....

[ berita penuh ]

 

Mohon pembelaan selepas diberhenti mengejut


KUANTAN, 22 Julai (Bernama) -- Seramai 16 pekerja am kontraktor pembersihan sekolah di Pahang merayu diberikan pembelaan sewajarnya selepas mendakwa hilang punca pendapatan kerana diberhentikan secara mengejut. 

 
 

Tiga anakanda Sultan Mizan dahului penerima darjah kebesaran Terengganu


KUALA TERENGGANU, 22 Julai (Bernama) -- Tiga anakanda Sultan Mizan Zainal Abidin mendahului 53 penerima gelaran dan bintang darjah kebesaran negeri Terengganu 2019 yang berlangsung hari ini.

 
 

JPN Kelantan adakan sesi kaunseling pelajar


KOTA BHARU, 22 Julai (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan akan menganjur sesi bimbingan dan kaunseling di semua sekolah di negeri ini dalam usaha membentuk sahsiah pelajar.

 
 

Polis tahan dua suspek serang guru di Bachok


KOTA BHARU, 22 Julai (Bernama) -- Dua suspek lelaki berusia 40-an yang didakwa menyerang seorang guru di sebuah sekolah menengah di Gunong, Bachok semalam akhirnya ditahan polis, petang tadi.

 
 

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM26,000 di Pasir Mas


PASIR MAS,  22 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki, masing-masing berusia 19 dan 28 tahun serta merampas sejumlah dadah bernilai RM26,010 dalam dua serbuan berasingan di jajahan ini, semalam.

 
 

Polis nafi kemalangan pelbagai kenderaan di Gerik


GERIK, 22 Julai (Bernama) - Polis Daerah Gerik hari ini menafikan video yang memaparkan kemalangan membabitkan beberapa bas, lori dan kereta di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) seperti yang tular di media sosial. 

 
 

KADA mahu lebih ramai golongan muda usahakan tanaman padi secara komersial


TUMPAT, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu lebih ramai golongan  muda menceburkan diri dalam bidang penanaman padi secara komersial di negeri ini kerana sektor pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

 
 

Polis kesan dua individu serang guru di sebuah sekolah di Bachok


BACHOK, 22 Julai (Bernama) -- Polis Kelantan sedang mengesan dua individu yang didakwa terlibat dalam kes menyerang seorang guru di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Bachok, semalam.

 
 

Keluarga kejutan elektrik terkejut pemergian kedua-dua mangsa


PASIR MAS, 21 Julai (Bernama) -- Ahli keluarga mangsa kejutan elektrik yang meninggal dalam insiden itu di Petaling Jaya, Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dengan pemergian kedua-dua mangsa.

 
 

Tiga beranak 'susul' pemergian suami - ibu


KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Baharu sahaja kehilangan suami, Siti Zaleha Abd Rashid hari ini diuji lagi dengan kehilangan anak dan dua cucu dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap 2 di sini. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 -


 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel