Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rugi selepas diperdaya rakan lelaki laman sosial

KUANTAN, 12 Jun (Bernama) -- Hadiah tak dapat, duit pula hilang. Itu nasib seorang kerani wanita yang diperdayakan lelaki yang baharu dikenali selama sebulan di laman sosial. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 29 tahun mendakwa kerugian RM5,500 yang kononnya bayaran bagi mendapatkan hadiah kiriman lelaki tersebut. 

Katanya, mangsa yang bekerja di Rompin dekat sini, mendakwa suspek yang dikenalinya sejak awal Mei lepas, menghubunginya pada pagi semalam, untuk memberitahu ada membuat kejutan dengan menghantar hadiah kepadanya. 

"Mangsa mendakwa dihubungi pula seorang wanita kononnya wakil syarikat penghantaran dan meminta mangsa untuk melakukan transaksi perbankan bagi mendapatkan hadiah tersebut. 

Mungkin teruja dengan kiriman itu, mangsa terus mengikut arahan yang diberikan sebelum berasa curiga kerana diminta pula membayar wang tambahan sebanyak RM18,800," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Endau, Johor dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Op Selamat: Pahang catat penurunan kes kemalangan maut


BENTONG, 12 Jun (Bernama) -- Jumlah kes kemalangan maut di Pahang sepanjang pelaksanaan Op Selamat ke-15 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menurun kepada 18 kes berbanding 22 kes pada operasi sama tahun lepas. 

 
 

Penularan pneumonia dalam kalangan Orang Asli tiada kaitan dengan pencemaran air - Timbalan MB


KOTA BHARU, 12 Jun (Bernama) -- Penularan jangkitan radang paru-paru dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, disahkan tiada kaitan dengan isu pencemaran air atau aktiviti pembalakan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 

Ahmad Samsuri tetap bertanding Naib Presiden PAS


KUALA TERENGGANU, 12 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden PAS walaupun dirinya hanyalah calon 'underdog' berbanding tiga penyandang lain. 

 
 

Ambil suntikan vaksin sebelum ke perkampungan Orang Asli Kuala Goh


KOTA BHARU, 12 Jun (Bernama) -- Aktivis dan pengamal media yang mahu memasuki perkampung Orang Asli suku Batek di Kuala Koh Gua Musang dinasihati supaya  mendapatkan suntikan vaksin jangkitan paru-paru terlebih dahulu bagi melindungi mereka daripada penyakit tersebut.

 
 

Remaja menyamar jadi jemaah solat Subuh sebelum mencuri


KEMAMAN, 12 Jun (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis kerana disyaki mencuri barangan berharga jemaah yang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di sini, pagi semalam.

 
 

Pelajar dikhuatiri lemas semasa mahu bergambar di sungai


KUANTAN, 12 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan satu yang berhasrat mengambil gambar di kawasan sungai, dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Besu di Dong, Raub semalam. 

 
 

AWAN Kelantan mahu jawapan segera penyakit melanda Orang Asli Kuala Koh


KOTA BHARU, 12 Jun (Bernama) -- Angkatan Wanita Amanah Negeri (AWAN) Kelantan mendesak pihak berkaitan supaya memberi jawapan segera berhubung penularan radang paru-paru (pneumonia) dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

 
 

Ular tedung selar 16 kaki 'pelanggan' kedai


KUANTAN, 11 Jun (Bernama) -- Sebuah kedai di Kampung Permatang Pinang di Merchong, Pekan dekat sini, hari ini menerima ‘pelanggan’ tidak diundang iaitu ular tedung selar sepanjang 4.8 meter (16 kaki). 

 
 

Hasrat TFC guna khidmat pemain import baharu tidak kesampaian


KUALA TERENGGANU, 11 Jun (Bernama) -- Hasrat Terengganu FC (TFC) untuk menggunakan khidmat pemain import baharu dari Brazil, Luis Gustavo Camilo dalam dua perlawanan Liga Super menentang Melaka United dan Perak pada pertengahan bulan ini, mungkin tidak kesampaian.

 
 

Polis Kelantan jangka pencarian mayat 12 Orang Asli makan masa


Pencarian lokasi 12 mayat Orang Asli suku Batek, yang didakwa dikebumikan di dalam hutan tanpa membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa, dijangka memakan masa, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 -


 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel