Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beri mahasiswa peluang bersuara, nyata pandangan - UMP

KUANTAN, 24 Mac (Bernama) -- Golongan mahasiswa seharusnya diberikan peluang untuk bersuara dan menyatakan pandangan mereka, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim. 

Beliau berkata peluang sama juga perlu diberikan kepada mahasiswa dalam melaksanakan hak mereka untuk kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. 

"Ia adalah sebahagian daripada pengalaman kampus selain memastikan ekosistem yang holistik dapat diwujudkan di universiti supaya ia menjadi medan intelektual," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Atas pendirian itu, UMP menurut Daing Nasir mengutuk apa jua tindakan keganasan terhadap mahasiswa, termasuk tindakan menyerang golongan itu, yang dilihat merosakkan nilai budi dan norma masyarakat Malaysia. 

Katanya, UMP juga menyambut baik gesaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mendukung pendirian dan kebebasan mahasiswa selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang negara dan menepati peraturan universiti. 

"UMP juga memberi ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam perbincangan awam dan perbahasan menggunakan pelbagai platform. 

"Ini termasuk menerusi program berbentuk forum, bual bicara dan perbincangan intelektual dalam melahirkan mahasiswa untuk pemimpin masa depan," katanya. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Lebih 20,000 belia dijangka hadir Festival GEGAR'19 pada 29 dan 30 Mac


KOTA BHARU, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 20,000 pengunjung dijangka menghadiri Festival Gerakan Belia Negeri Kelantan (GEGAR’19) pada 29 dan 30 Mac ini di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan.

 
 

UMK, OEW Algae Technologies bantu ekonomi penduduk setempat


KOTA BHARU, 24 Mac (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan syarikat Oew Algae Technologies Sdn Bhd hari ini memeterai memorandum kolaborasi (MoC) untuk membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam mewujudkan rantaian ekonomi kepada penduduk setempat khususnya di Jeli. 

 
 

200 pelajar sertai Program Latihan Akademik Empower 2019


KEMAMAN, 24 Mac (Bernama) -- Seramai 200 murid Tahun Enam dan Pelajar Tingkatan Lima sekitar Kemaman hari ini menyertai Program Latihan Akademik Empower 2019 anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

 
 

Piya diharap beri impak besar kepada Kelantan


KOTA BHARU, 24 Mac (Bernama) -- Penyokong pasukan Kelantan menaruh harapan tinggi kepada Mohd Badhri Mohd Radzi atau dikenali Piya untuk membawa impak yang lebih besar kepada pasukan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) selepas pemain terbabit kembali menyertai pasukan Kelantan.

 
 

Kerabat Diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian


BESUT, 24 Mac (Bernama) – Seorang wanita difahamkan dari kalangan kerabat diraja lemas ketika melakukan aktiviti menyelam skuba di Pulau Perhentian petang semalam.

 
 

Sungai Belat 'kolam renang' pertama Muhammad Adam Zikry


KUANTAN, 24 Mac (Bernama) -- Sungai Belat yang terletak berhampiran Kampung Belukar di sini, merupakan 'kolam renang' pertama buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Khas Abu Dhabi 2019, Muhammad Adam Zikry Syamsul Bahri. 

 
 

Tiada sungai kelas 4 dan 5 di Pahang - JAS


KUANTAN, 22 Mac (Bernama) -- Sebahagian besar daripada 86 batang sungai di Pahang berada dalam kategori 2 dan langsung tiada dalam Kelas 4 atau 5 iaitu mengalami pencemaran teruk sehingga tiada haiwan akuatik yang boleh hidup di dalamnya.

 
 

Nelayan temui mayat bayi dalam beg galas di tengah sungai


PERMAISURI, 21 Mac (Bernama) -- Dua nelayan terperanjat besar apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di dalam sebuah beg galas yang dihanyutkan di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik di sini petang tadi.

 
 

Syarikat rekaan dalaman Total Kitchen sasar tembusi pasaran Lembah Klang


KUANTAN, 21 Mac (Bernama) – Syarikat pembuatan perabot dan rekaan dalaman milik Bumiputera, Total Kitchen, menyasar untuk menembusi pasaran Lembah Klang pada tahun ini setelah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia rekaan dalaman berkonsepkan ‘ala Eropah’ di Pantai Timur.

 
 

Orang Asli Kuala Betis bantah pembalakan


GUA MUSANG, 21 Mac (Bernama) -- Lebih 50 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kg Podek dan Angkek, Kuala Betis, berhimpun secara aman membantah aktiviti pembalakan di kawasan hutan tanah adat  berhampiran kampung mereka di sini, hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel