Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sampel air kegunaan Orang Asli Kampung Kuala Koh akan diuji

GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) akan menyiasat dakwaan penggunaan air tadahan bukit dan air sungai tercemar berpunca dari kawasan perlombongan bijih besi menyebabkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dijangkiti kuman pada saluran penafasan dan paru-paru. 

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan akan dilakukan secara lebih teliti bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan penduduk Orang Asli kampung terbabit menderita dijangkiti kuman hingga ada yang meninggal dunia.

Katanya, setakat perkara itu belum mendapat kepastian dan sampel air yang menjadi keperluan harian mereka akan diambil untuk diuji kaji bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut. 

Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius dakwaan penduduk Orang Asli kampung tersebut dan mengumpulkan banyak maklumat berkaitan untuk kementerian membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan. 

"Kita sudah melakukan lawatan bagi meninjau semua permasalahan yang dibangkitkan mereka hari ini," katanya selepas melawat penempatan masyarakat Orang Asli Suku Batik itu di sini

--BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Jabatan KesihatanĀ Negeri Pahang diminta pantau perkembangan penularan radang paru-paru babit Orang Asli


KUALA KRAI, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang diminta pantau penularan radang paru-paru di perkampungan Orang Asli di negeri berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

 
 

Kematian Orang Asli di Kuala Koh akibat pneumonia


 
 

Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekal Presiden dan Timbalan Presiden PASĀ 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS ke-65.

 
 

Elak jangkitan baharu: Hadkan hubungan dengan orang luar - Dr Zaini


KOTA BHARU, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kelantan mahu supaya hubungan penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang dengan orang luar dihadkan.

 
 

Kematian Orang Asli di Kuala Koh akibat pneumonia


Dua kes daripada tiga kematian yang melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang dekat sini disahkan berpunca daripada radang paru-paru.

 
 

Siasat segera punca pencemaran air - ADUN Paloh


Pihak terbabit digesa menyiasat segera air sungai dan tadahan bukit yang menjadi sumber keperluan Orang Asli di Kampung Kuala Koh di sini, yang dikhuatiri tercemar dengan bahan kimia dari kawasan lombong bijih besi berhampiran. 

 
 

Jangkitan paru-paru: Seorang lagi Orang Asli meninggal dunia - Supt Mohd Taufik


GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Seorang lagi penduduk Orang Asli, Kampung Kuala Koh, di sini yang mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman di saluran pernafasan meninggal dunia pagi ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit itu tiga orang setakat ini.

 
 

Padi wangi MRQ76 setaraf beras wangi import


Oleh Zabidi Ishar

KOTA BHARU, 9 Jun (Bernama) -- Padi wangi varieti MRQ76 yang berjaya dalam tanaman ujiannya di Selising, Pasir Puteh membuktikan bahawa padi berkenaan adalah setaraf dengan beras wangi yang diimport dari Thailand dan Vietnam.

 
 

Op Selamat Kelantan: 13 kematian direkodkan sehingga hari ini


KOTA BHARU, 8 Jun (Bernama) -- Op Selamat yang dilaksanakan di seluruh Kelantan sejak 29 Mei hingga hari ini mencatatkan 609 kemalangan, 11 daripadanya kemalangan maut membabitkan 13 kematian.

 
 

Tindakan segera perlu diambil selamatkan Orang Asli Kuala Koh - Husam


KOTA BHARU, 8 Jun (Bernama) -- Tindakan segera perlu diambil bagi menyelamatkan masyarakat Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh yang berdepan ancaman kesihatan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel