Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

KUANTAN, 23 Ogos -- Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advanced Skills dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam penubuhan institusi masakan De' Royal Azizah Culinary School. 

KYP Advanced Skills dalam kenyataan medianya di sini hari ini, memaklumkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi ide penubuhan institusi itu semasa bersantap minum petang di Mana-Mana Cafe Kuantan di sini, baru-baru ini. 

Turut berangkat ialah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan turut hadir ialah Naib Canselor Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin. 

"Baginda juga secara bersahaja merancang untuk mencemar duli memasak di situ dan hasil air tangan baginda akan dijual kepada rakyat jelata khususnya di Pahang, yang sudah pasti tidak sabar untuk merasai air tangan baginda," menurut kenyataan itu. 

Pada majlis itu, Tunku Azizah juga berkenan mewakili KYP untuk menerima sijil pengiktirafan World Association of Chef Societies sebagai kolej yang diiktiraf penuh di peringkat dunia yang dipersembahkan Wakil Chef Asia, Chef Yau Kok Keong.

Selain itu, Ahmad turut menyembah maklum taklimat pelancaran Tabung Pendidikan Tuanku Canselor yang akan diadakan di Seri Kembangan, Selangor pada 6 Okt ini, yang merupakan cetusan ilham Tunku Azizah. 

Tunku Azizah pada 25 Mac lalu, menitahkan supaya tabung diwujudkan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan menyeru supaya agensi kerajaan, pihak swasta dan individu berkemampuan untuk sama-sama menyumbang terhadap tabung itu. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Nama Koh Chee Wan 'tenggelam', lebih dikenali dengan nama Awang


KUANTAN, 23 Ogos -- Jika nama Koh Chee Wan ditanya kepada penduduk sekitar Kampung Pantai Beserah disini, pastinya ramai yang tidak pernah dengar nama itu, namun jika ditanya individu bernama 'Awang', pasti penduduk tempatan boleh memandu arah ke sebuah rumah yang dihuni seorang warga emas di situ, memang Koh Chee Wan orangnya.

 
 

Polis marin tahan bot nelayan di Pekan


KUANTAN, 22 Ogos (Bernama) -- Sebuah bot nelayan kelas A ditahan kira-kira satu batu nautika dari pantai perairan Kampung Serandu Pantai, Pekan dekat sini, hari ini. 

 
 

Projek pembangunan Tasik Kenyir siap Mac 2020


HULU TERENGGANU, 22 Ogos (Bernama) -- Projek cadangan mereka bentuk, membina dan menyiapkan Marina Pengkalan Gawi dan Jambatan ke Pulau Poh, Tasik Kenyir dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac hadapan.

 
 

Kelantan buka gelanggang pertarungan Muay Thai kepada peninju wanita


KOTA BHARU, 22 Ogos (Bernama) -- Arena sukan Muay Thai Kelantan mencipta sejarah apabila buat julung kalinya membenarkan peninju wanita bertarung dalam kejohanan  anjuran negeri itu.

 
 

Tudung bawal diolah jadi tanjak Merdeka


KOTA BHARU, 22 Ogos -- Tidak mahu ketinggalan dalam menzahirkan rasa kecintaan terhadap negara, seorang anak kelahiran Kampung Banggol Nangka, Pasir Mas mempertaruhkan elemen corak Jalur Gemilang dalam menghasilkan tanjak Mahkota Alam.

 
 

Bersatu sokong Lynas terus dibenarkan beroperasi


KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini berpendirian bahawa kilang memperoses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) seharusnya dibenarkan untuk meneruskan operasi di kilangnya di Kawaasan Perindustrian Gebeng di sini.

 
 

Tasik Danau Tok Uban dicadang jadi zon penternakan ikan air tawar


PASIR MAS, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Kelantan bercadang untuk menjadikan Tasik Danau Tok Uban sebagai zon penternakan ikan air tawar  terbesar di negeri itu bagi membantu meningkatkan industri pengeluaran ikan air tawar negara.

 
 

Gotong-royong bersih pantai hargai kemerdekaan negara


DUNGUN, 21 Ogos (Bernama) -- Rakyat Malaysia mempunyai cara berbeza dalam meluahkan semangat cintakan tanah air dan ada sesetengahnya menganggap menjaga kebersihan juga boleh dijadikan antara usaha simbolik untuk memastikan kesinambungan semangat kemerdekaan.

 
 

Kerajaan Terengganu bincang rayuan penjaja di lampu isyarat esok


KUALA TERENGGANU, 20 Ogos  -- Rayuan penjaja untuk meneruskan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat dalam tempoh masa tertentu bagi menghabiskan stok jualan sedia ada, akan dibincangkan esok

 
 

USM meterai perjanjian hasilkan produk bantu pesakit alami "facial pain"


KOTA BHARU, 20 Ogos -- Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hannan Medispa Sdn Bhd hari ini menjalin kerjasama pintar melalui Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menghasilkan prototaip Face Up v1.0 untuk membantu pesakit yang mengalami 'facial pain'.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel