Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PRK Cameron Highlands: Exco Melaka kesal dituduh cuba pecah undi Melayu

MELAKA, 18 Jan (Bernama) – Seorang anggota exco kerajaan negeri Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab kesal dengan tindakan pihak tertentu mengaitkannya dengan calon bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, Sallehuddin Ab Talib, kononnya untuk cuba memecah undi orang Melayu di kawasan itu.

Mohd Sofi, yang merupakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, berkata tuduhan tersebut jelas sekali merendah-rendahkan martabat orang Melayu di Cameron Highlands dan tidak timbul isu pecah undi mana-mana kumpulan kerana demokrasi membenarkan sesiapa pun bertanding.....

[ berita penuh ]

 

Pemandu teksi, kereta sewa Johor digalak berdaftar dengan PAJ


JOHOR BAHRU, 18 Jan (Bernama) – Pemandu-pemandu teksi dan kereta sewa di negeri ini disarankan agar berdaftar dengan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti jumlah mereka yang aktif.

 
 

17 kompaun dikeluarkan terhadap tujuh restoran di JB dalam operasi bersepadu


JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Sebanyak 17 kompaun dikeluarkan terhadap tujuh restoran di sekitar bandar raya kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari Operasi Bersepadu Pemeriksaan Halal di premis restoran dilaksanakan, sejak Selasa lepas.

 
 

Lelaki bunuh diri selepas serang pasangan suami isteri


KLUANG, 17 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati, dipercayai membunuh diri selepas menyerang pasangan suami isteri di rumah mereka, di Taman Kiara Mas 2, di sini, hari ini.

 
 

MSN rancang anjur Sukma secara bergilir dengan negeri selepas Sukma 2020


ISKANDAR PUTERI, 17 Jan (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) merancang untuk menganjurkan sendiri Sukan Malaysia (Sukma) secara bergilir dengan setiap negeri selepas Sukma 2020 di Johor.

 
 

Melaka sasar 100 lagi sekolah sertai Program Eco-Schools


MELAKA, 17 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) menyasarkan kira-kira 100 lagi sekolah di negeri itu menyertai “Program Eco-Schools” dalam tempoh empat tahun bermula tahun ini.

 
 

Melaka tetapkan tempoh lantikan setahun jawatan MPKK, Ahli Majlis PBT


MELAKA, 17 Jan (Bernama) – Kerajaan negeri menetapkan tempoh perjawatan lantikan selama setahun bagi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pegawai perhubungan, penyelaras dan kakitangan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun).

 
 

Enam puluh calon STAM Johor peroleh Mumtaz


JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Seramai 60 daripada 892 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di negeri ini memperoleh Mumtaz (cemerlang) apabila keputusan peperiksaan itu diumumkan di sini, hari ini.

 
 

Pekerja lebuh raya mungkin diwajibkan miliki EOSP - LLM


JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Dalam tempoh masa tiga tahun mulai sekarang, semua pekerja-pekerja lebuh raya mungkin diwajibkan untuk mempunyai Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP) kerana kerajaan bercadang untuk mengurangkan kadar kemalangan membabitkan golongan tersebut di semua lebuh raya negara.

 
 

JPNJ tidak terima sebarang aduan kenaikan harga makanan kantin sekolah - Exco


JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga makanan di kantin seluruh sekolah di negeri ini, setakat ini.

 
 

Cyprus minat jadi pengimport minyak sawit Johor -- MB


JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) -- Cyprus berminat untuk menjadi pengimport minyak kelapa sawit dari negeri ini, sekali gus menjadi pengedar bahan berkenaan kepada negara di sekitar Mediterranean.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel