Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gunting rambut percuma untuk gelandangan sempena Aidilfitri

JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Pernah merasakan bayaran RM15 itu mahal untuk memotong rambut ketika susah, seorang tukang gunting rambut menawarkan perkhidmatan percuma kepada golongan gelandangan yang mahukan potongan rambut baharu menjelang Syawal, minggu depan.

Muhamad Faris  Mansur, 32, berkata dengan menawarkan khidmat gunting rambut percuma kepada mereka yang memerlukan, ia sentiasa mengingatkan dirinya pada yang Esa selain sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehinya.....

[ berita penuh ]

 

Anggota polis maut dirempuh motosikal ketika pemeriksaan


JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Seorang anggota polis maut manakala rakan sekerjanya cedera parah dirempuh sebuah motosikal ketika mereka sedang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah van di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri, awal pagi tadi.

 
 

Rumah Terbuka Istana Johor pada hari raya kedua


JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengadakan Rumah Terbuka Istana Johor sempena sambutan Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, di sini, pada hari raya kedua.

 
 

Durian bulat sejuk beku dibenarkan dieksport ke China


JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Durian bulat sejuk beku kini dibenarkan dieksport ke China, sebagai permulaan dihantar ke wilayah Beijing dan Guangzhou, pada musim ‘raja’ buah itu Julai atau Ogos ini.

 
 

Pra pelancaran kempen, logo Tahun Melawat Johor 2020 suku ketiga tahun ini


Oleh Suhainie Mohd Khalid

ISKANDAR PUTERI, 1 Jun (Bernama) – Kerajaan negeri Johor sedang berusaha mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020 termasuk melakukan pra pelancaran kempen dan logo mengenainya yang dijangka pada suku ketiga tahun ini.

 
 

Pelajar UTM Pupuk Semangat Sayangkan Alam Sekitar


PONTIAN, 1 Jun (Bernama) -- Seramai 58 orang mahasiswa Tahun Dua dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didedahkan dengan penjagaan alam sekitar di Taman Negara Pulau Kukup, dekat sini, baru-baru ini.

Pensyarah Kanan UTM Dr Shazmin Shareena Ab Azis berkata program tersebut diadakan untuk memberi pendedahan sebenar di luar bilik kuliah kepada para mahasiswa harta tanah mengenai kepentingan menjaga sumber alam antaranya pokok paya bakau dan sumber air terhadap alam sekitar dan manusia.

 
 

Rumah Senyum Beri Semangat Masyarakat Lombok Bangkit Semula


LOMBOK, 1 Jun (Bernama) -- Hampir setahun dilanda gempa bumi, penduduk Kampung Luang Tuntel, Lombok Timur, bakal menerima rumah sementara atau dipanggil "rumah senyum".

Penduduk kampung berkenaan yang kini tinggal di khemah, masih trauma untuk tinggal di dalam rumah memandangkan rumah mereka kebanyakannya rosak teruk dan masih terdapat gegaran dari semasa ke semasa sejak kejadian gempa pada Julai tahun lepas.

Rumah senyum itu dijangka mula dibina selepas sambutan Aidilfitri.

 
 

Bomba Johor buka empat pos kawalan sepanjang perayaan


JOHOR BAHRU, 31 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri membuka empat pos kawalan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

 
 

Keputusan benarkan Lynas kembali beroperasi tepat pada masa - Redzuan


MASJID TANAH, 31 Mei (Bernama) -- Langkah kerajaan membenarkan kembali Lynas Corp terus beroperasi dapat mengalakkan pertumbuhan usahawan untuk berkecimpung dalam industri yang sedang giat dibangunkan dalam negara.

 
 

Naik taraf jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang masih dalam pertimbangan - Exco


JOHOR BAHRU, 31 Mei (Bernama) -- Projek menaik taraf laluan persekutuan Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang bernilai RM564 juta masih dalam pertimbangan Kementerian Kerja Raya.

 
 

SAINS aktif PTK sempena Hari Raya Aidilfitri


SEREMBAN, 31 Mei (Bernama) -- Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kontigensi (PTK) bagi persediaan menghadapi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 3 hingga 10 Jun ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 -


 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel