Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AADK Melaka tahan 1,032 orang menerusi 210 operasi tahun lepas

MELAKA, 1 Feb (Bernama) -- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 1,032 orang menerusi 210 operasi yang diadakan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas dalam usaha memerangi dadah.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong berkata daripada jumlah itu, 845 orang didapati positif dadah dalam saringan urin awal yang dijalankan namun selepas ujian patologi dilakukan, jumlah tersebut berkurang kepada 645 orang. 

“Kita telah menjalankan tiga jenis operasi sepanjang tahun lepas iaitu 161 operasi cegah, operasi  sarang (38 kali) dan operasi perdana (11 kali). Mereka yang ditahan didapati positif dadah dan berusia antara 20-an hingga 70-an selain kebanyakan mereka adalah lelaki.?????

"Lapan kawasan utama diberi tumpuan khusus dalam inisiatif ‘Perangi Dadah Habis-Habisan’ di negeri ini sejak dilancarkan pada 2016 di Tanjung Kling," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Op Selamat dan Penyampaian Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Melaka Sentral di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah AADK Melaka Mohamad Yusof Kameh.....

[ berita penuh ]

 

Piala Sumbangsih 2019: Misi berat tapi bukan mustahil buat Perak


JOHOR BAHRU, 1 Feb (Bernama) -- Perak meletakkan misi yang dianggap sukar sebagai tidak mustahil apabila bertekad merampas Piala Sumbangsih milik Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan yang juga pembuka tirai Liga Super di Stadium Larkin, di sini, malam esok.

 
 

MRCSB ceriakan 45 keluarga di Melaka


MELAKA, 1 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya, Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) hari ini menceriakan 45 keluarga dari Sungai Udang dan Bertam Hulu di sini dengan menghulurkan sumbangan bagi persiapan menyambut Tahun Baharu Cina.

 
 

KAJD masih kendali projek Melaka Gateway


MELAKA, 1 Feb (Bernama) -- Projek Melaka Gateway di Pulau Melaka di sini masih di bawah kendalian KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) dan tidak berlaku sebarang pemilikan perubahan sepertimana disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 
 

Dua ditahan kerana larikan kanak-kanak empat tahun


SEREMBAN, 31 Jan (Bernama) -- Polis menahan dua individu berumur 31 dan 40 tahun kerana melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi di Rasah Jaya, di sini.

 
 

Jabatan kerajaan perlu lebih proaktif laksana tugas - MB


SEREMBAN, 31 Jan (Bernama) -- Setiap jabatan kerajaan perlu mengubah budaya kerja dengan lebih proaktif ketika melaksanakan segala tugasan berkaitan perancangan kerajaan negeri termasuk inisiatif diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2019. 

 
 

Anggota polis lepas tembakan amaran ketika diserang 3 lelaki


JOHOR BAHRU, 31 Jan (Bernama) – Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan dalam usaha mempertahankan diri ketika diserang oleh tiga lelaki dengan menggunakan cangkul di sebuah bengkel kereta berhampiran Balai Polis Taib Andak, Kulai, kira-kira 30km, dari sini, semalam.

 
 

Dua puluh individu B40 ditawar premis perniagaan di Larkin SentralĀ 


JOHOR BAHRU, 31 Jan (Bernama) – Dua puluh individu dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima surat tawaran penyewaan lot bazar Larkin Sentral bertujuan membantu mereka meningkatkan pendapatan diri dan keluarga. 

 
 

SWM sedia gotong-royong bersama penduduk sempena Tahun Baharu Cina


MELAKA, 31 Jan (Bernama) -- SWM Environment Sdn Bhd (SWM) sedia menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong bersama masyarakat terutama di kawasan yang mempunyai ramai  penduduk kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina minggu hadapan.

 
 

Polis nafi berlaku kes culik kanak-kanak di Pasir Gudang sebagaimana yang ditularkan


JOHOR BAHRU, 31 Jan (Bernama) -- Polis hari ini menafikan berlakunya kes culik seorang kanak-kanak lelaki di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang di sini pada Selasa sebagaimana yang tular dalam media sosial.

 
 

Tanah mendap: 45 peniaga di Melaka Sentral dipindahkan


MELAKA, 31 Jan (Bernama) -- Sebanyak 45 peniaga di Melaka Sentral di Peringgit di sini akan dipindahkah ke tapak sementara bagi kerja-kerja pembaikan bangunan blok C berikutan laporan terdapat pemendapan aras tanah yang ketara di kawasan terbabit.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel