Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perancangan pembangunan perlu rujuk rekod elak risiko banjir

ALOR GAJAH, 4 Dis (Bernama) -- Jabatan dan agensi terlibat dengan perancangan projek pembangunan disaran merujuk kepada rekod kejadian banjir di kawasan terlibat bagi mengurangkan risiko bencana alam di kawasan itu, kata Anggota Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. 

Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan berkata meskipun data berkenaan  direkodkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 tahun, namun angka yang terdapat dalam data itu boleh digunakan sebagai rujukan bagi mengelak bencana itu berulang pada masa akan datang. 

“Kita kena ada perancangan yang betul dan kita tidak boleh kata ini bencana alam yang kita tidak boleh hendak kekang, contoh seperti banjir di daerah Alor Gajah, kena kaji semua apakah paras banjir yang dialami berdasarkan 100 tahun lepas. 

Justeru, saya sarankan pihak tertentu menggunakan data (analisis banjir) sedia ada. Pemimpin (wakil rakyat) juga perlu belajar supaya boleh buat pengukuran dengan membina saluran air (lebih sistematik) elak banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kemasyarakatan kepada mangsa banjir Parlimen Alor Gajah di Masjid Ar-Rasyidin, di sini, hari ini. 

Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas berjumlah  RM165,000  kepada 550 keluarga mangsa banjir kawasan Parlimen Alor Gajah, bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. 

Mohd Redzuan berkata sumbangan berupa barangan keperluan asas termasuk beras, minyak dan gula itu dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) kementerian itu.

“Saya sebagai Anggota Parlimen juga secara peribadi menyumbangkan baucar tunai RM500 kepada 327 keluarga daripada jumlah mangsa berkenaan, yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS), baru-baru ini," katanya. 

Untuk rekod, Alor Gajah merupakan daerah paling teruk terjejas di Melaka apabila lebih 15 kampung ditenggelami air kira-kira satu meter akibat hujan lebat yang berterusan selama empat jam bermula 1.30 pagi pada Nov lepas.....

[ berita penuh ]

 

ADUN Perling cadang undang-undang anti lompat parti


Rakyat akan penat dengan perkara ini dan paling membimbangkan ialah akan terjadi penolakan rakyat terhadap kerajaan PH seperti mana berlaku di negeri Perak kerana rakyat merasakan diri mereka dikhianati.

 
 

Syarikat Perancis minat wujud fasiliti penyelenggaraan Airbus di Johor


Hasil mesyuarat, kerajaan negeri telah mendapat respons positif daripada sebuah syarikat yang mengadakan perkhidmatan penyelenggaraan pesawat Airbus bagi membangunkan sebuah fasiliti untuk menampung keperluan dan pasaran di Asia Pasifik.

 
 

PH Johor konsisten dengan agenda reformasi pentadbiran kerajaan negeri


PH Johor menginsafi akan isu-isu berbangkit di peringkat nasional yang dilihat seolah-olah ada cubaan manipulasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memainkan sentimen perkauman sempit untuk menggugat kestabilan dan kerukunan masyarakat majmuk di negara ini.

 
 

Penduduk Felda disaran tubuh MPKK atasi ketiadaan infrastruktur asas


Sebagaimana kita tahu, urusan untuk menyediakan infrastruktur ini terletak pada Felda, namun, disebabkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung kini terdapat kekangan untuk mereka lakukan.

 
 

Kerajaan Johor tidak pinggir masyarakat India terutama golongan B40


ISKANDAR PUTERI, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Johor tidak sesekali meminggirkan masyarakat India di negeri ini terutamanya golongan B40.

 
 

SAMB gagal patuhi parameter kandungan florida dalam air bersih


MELAKA, 3 Dis (Bernama) -- Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) didapati gagal mencapai piawaian dalam kualiti menghasilkan dan membekalkan air terawat apabila melakukan pelanggaran parameter Florida tertinggi dalam memproses air terawat bagi 2015 hingga 2017.

 
 

SPRM diminta siasat Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Johor


JOHOR BAHRU, 3 Dis (Bernama) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat dakwaan terdapat penyelewengan ke atas Tabung Akaun Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor.

 
 

Amalan demokrasi kerajaan Johor ketika ini lebih baik - exco


ISKANDAR PUTERI, 3 Dis (Bernama) -- Amalan demokrasi diamalkan kerajaan Johor pada masa ini disifatkan lebih baik berbanding sistem demokrasi dipraktikkan kerajaan negeri terdahulu.

 
 

Pelan Pembangunan Sukan 2030 Johor sedang dirangka


ISKANDAR PUTERI, 3 Dis (Bernama) -- Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) sedang merangka Pelan Pembangunan Sukan 2030 yang menetapkan perancangan sukan dalam tempoh 10 tahun bermula 2020.

 
 

Melaka, Wilayah Sichuan jalin kerjasama industri pelancongan, perubatan, pendidikan


MELAKA, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan menjalin kerjasama dengan Wilayah Sichuan, China dalam sektor pelancongan perubatan dan pendidikan kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri dalam bidang tersebut, kata Ketua Menterinya Adly Zahari.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel