Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Johor serbu empat lokasi, rampas dadah bernilai RM1.75 juta

JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Polis menahan sembilan lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 3.02 kilogram dianggarkan bernilai RM1.75 juta menerusi empat serbuan berasingan di Muar dan bandaraya ini, Selasa (23 Julai) dan Jumaat lepas (26 Julai). 

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata kesemua mereka termasuk seorang rakyat Indonesia itu berumur antara 20 dan 46 tahun manakala kesemua dadah dirampas terbabit dianggarkan boleh menampung seramai 72,098 orang penagih.

“Menerusi serbuan pertama antara 11 pagi dan 1.30 tengahari di Jeti Nelayan, Parit Sakai Laut, Muar, Selasa lepas, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Muar berjaya menahan seorang lelaki berumur 37 tahun.....

[ berita penuh ]

 

Remaja lemas ketika mandi di air terjun, dua rakan diselamatkan


JOHOR BAHRU, 27 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas ketika mandi manda di Air Terjun Taka Melor, Labis dekat Segamat, hari ini, manakala dua rakannya berjaya diselamatkan orang awam.

 
 

Lebih 3,000 pelajar sekolah Pasir Gudang terima sokongan psikologi


KULAI, 27 Julai (Bernama) -- Lebih 3,000 pelajar sekolah di Pasir Gudang yang terjejas akibat insiden sesak nafas dan muntah-muntah susulan kes pencemaran udara di kawasan itu bulan lepas, menerima sokongan psikologi dan trauma setakat ini.

 
 

Durian 'Lima Jari' bakal jadi produk pengenalan bagi Melaka


MELAKA, 27 Julai (Bernama) – Kerajaan negeri Melaka menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri akan menjadikan durian baka baharu ‘Lima Jari’ sebagai produk pengenalan bagi negeri itu.

 
 

Lelaki maut akibat sesak nafas ketika cuba keluarkan ular sawa dalam kereta


JOHOR BAHRU, 27 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika cuba mengeluarkan seekor ular sawa dari dalam keretanya di kawasan sebuah kolej vokasional dekat Batu Pahat, malam tadi.

 
 

Pembinaan Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong diteruskan


KLUANG, 27 Julai (Bernama) -- Kerajaan Johor akan meneruskan projek pembinaan Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong di Parit Sulong dekat Batu Pahat.

 
 

Guru cedera ditikam lelaki cuba ragut beg


JOHOR BAHRU, 27 Julai (Bernama) -- Seorang guru cedera ditikam seorang lelaki yang cuba meragutnya dalam kejadian di luar sebuah pasar raya dekat Batu Pahat, malam tadi.

 
 

Nangka madu, sarang walit sedang dibincang untuk dieksport ke China


PONTIAN, 27 Julai (Bernama) -- Selepas kejayaan eksport durian Musang King sejuk beku dan nanas MD2 ke China, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang mengadakan perbincangan dengan China bagi membolehkan nangka madu dan sarang burung walit pula dieksport ke negara itu.

 
 

Peniaga atas talian berputih mata ditipu pelanggan


JOHOR BAHRU, 26 Julai (Bernama) -- Seorang peniaga atas talian mengalami kerugian RM6,000 selepas ditipu pelanggannya dalam kejadian di Iskandar Puteri, semalam.

 
 

EduCity mahu lahirkan perenang dalam kalangan Orang Asli Seletar


ISKANDAR PUTERI, 26 Julai (Bernama) – EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity) mahu melahirkan atlet sukan renang dalam kalangan Orang Asli Seletar menerusi Program Pembangunan Renang Educity (ESDP).

 
 

UTeM laksana program MSR pelihara Sungai Melaka


MELAKA, 26 Julai (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan melaksanakan program Sungai Melaka Pintar (MSR) menggunakan Internet of Things) (IoT) bagi memantau kualiti air dan udara di Sungai Melaka.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 -


 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel