Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota kumpulan gangster 36 ditahan

JOHOR BAHRU, 9 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai anggota kumpulan gangster 36 berjaya ditahan di Taman Perwira, Kluang pada 10.40 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah  (JSJ) Johor SAC Md Yusof Ahmad berkata penahanan  lelaki berusia lewat 20-an itu dilakukan pasukan pegawai dan anggota JSJ Kluang berdasarkan maklumat risikan. 

Beliau berkata menerusi pemeriksaan, didapati suspek mempunyai tatu bercorak tulisan dalam bahasa Sanskrit pada bahagian lengan kanannya dan tatu ‘360’ di tangan kanannya.....

[ berita penuh ]

 

Menyamar polis sebelum samun warga asing, wanita


JOHOR BAHRU, 8 Feb (Bernama) -- Menyasarkan warga asing dan wanita sebagai mangsa, sekumpulan penjenayah menyamar sebagai anggota polis  sebelum bertindak menyamun  mereka.

 
 

Kapal tangki ditahan gagal kemuka kebenaran bersauh di Pengerang


JOHOR BAHRU, 7 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki kerana gagal mengemukakan kebenaran bersauh di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi, hari ini.

 
 

Permaisuri Johor berkenan luangkan masa ziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain


JOHOR BAHRU, 7 Feb (Bernama) -- Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain Sajali di Kampung Sepakat, Masai, di sini, malam ini.

 
 

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Tanjung Balau


KOTA TINGGI, 7 Feb (Bernama) -- Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung dipercayai mangsa bunuh, di kawasan berbatu pesisir Tanjung Balau, dekat sini. 

 
 

Kemungkinan berlaku kes pemerasan kongsi gelap di Johor


JOHOR BAHRU, 7 Feb (Bernama) -- Tiada aktiviti peras ugut oleh kongsi gelap di kawasan tapak perumahan atau pembinaan dilaporkan di Johor setakat Januari tahun ini.

 
 

Enam kesalahan peniaga dikesan di Batu Pahat sempena Tahun Baharu Cina


BATU PAHAT, 7 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan enam kesalahan dilakukan peniaga di daerah ini, dalam pemeriksaannya sejak pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019, pada 30 Jan lepas.

 
 

Kanak-kanak perempuan hilang ditemui lemas di Tanjung Balau


JOHOR BAHRU, 7 Feb (Bernama) -- Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang selepas mandi di Tanjung Balau dekat Kota Tinggi petang semalam, ditemui lemas oleh orang awam tidak jauh dari tempat  mangsa dilaporkan hilang.

 
 

Empat beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Kluang


KLUANG, 7 Feb (Bernama) – Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di KM 55, Jalan Kluang-Kota Tinggi, malam tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong Dalam, dekat sini, petang tadi.

 
 

Ketua kumpulan Gee Tiong Seng antara 16 suspek ditahan kes culik


JOHOR BAHRU, 7 Feb (Bernama) -- Ketua kumpulan kongsi gelap Gee Tiong Seng antara 16 suspek yang ditahan polis kerana terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan di Gelang Patah, Johor, baru-baru ini.

 
 

Tiga ditahan polis ketika cuba larikan diri di Johor Bahru


JOHOR BAHRU, 7 Feb (Bernama) -- Dua lelaki dan seorang wanita ditahan setelah melarikan diri daripada polis sejauh 35 kilometer di Jalan Datin Halimah, Larkin, dekat  sini, malam tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 -


 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel