Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembangunan projek Sungai Melaka fasa kedua dijangka Ogos ini

MELAKA, 18 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka dijangka memulakan semula kerja-kerja pembangunan Projek Sungai Melaka Fasa Kedua bermula Ogos ini, kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis. 

Muhamad Jailani berkata kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai yang tertangguh sejak kira-kira tujuh  tahun akan dimulakan selepas ibu pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kuasa pengambilalihan kepada kerajaan negeri. 

Beliau berkata usaha itu juga akan dimulakan sejurus siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes salah guna kuasa membabitkan pengurusan Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) selesai. 

"Kita berharap JPS dan SPRM dapat menyegerakan proses tersebut supaya pembangunan Projek Sungai Melaka Fasa Kedua ini dapat diteruskan demi manfaat dan kebaikkan kepada rakyat di negeri ini sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan negeri,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini. 

Projek Sungai Melaka Fasa Kedua yang dilancarkan pada 2012 bernilai kira-kira RM285 juta itu melibatkan kawasan sepanjang 5.2 kilometer bermula dari Jambatan Hang Jebat hingga pintu kawalan pasang surut Batu Hampar di sini.

-- LAGI

 

EXCO-SUNGAI MELAKA  2 (AKHIR) MELAKA 

 

Muhamad Jailani  berkata antara pembangunan yang bakal dilaksanakan di kawasan Sungai Melaka apabila Projek Sungai Melaka Fasa Kedua dimulakan ialah mewujudkan Bandar Warisan Melayu di kawasan pesisiran sungai tersebut. 

Sementara itu, Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka?, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata kerajaan negeri sedang merangka satu garis panduan baharu bagi penempatan pekerja warga asing yang lebih sistematik agar tidak mendatangkan masalah sosial kepada penduduk tempatan.....

[ berita penuh ]

 

Bapa dorong Maimunah jadi antara anggota polis wanita pertama negara


JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Tindakan bapanya yang membawa pulang borang permohonan menyertai pasukan polis ke rumah, mendorong Maimunah Abd Razak yang ketika itu berusia 19 tahun mengisinya, sehingga mencatat sejarah sebagai seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai pasukan polis negara ini sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

 
 

Insiden pembuangan sisa kimia Sungai Kim Kim, wake up call untuk semua


PONTIAN, 18 Mac (Bernama) -- Insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim sehingga menyebabkan pencemaran dan ramai mangsa terjejas kesihatan, sepatutnya menjadi “wake up call” bukan sahaja kepada pihak berkuasa dan pemain industri tetapi juga masyarakat secara amnya. 

 
 

Pencemaran Kimia: Sembilan lelaki direman - Mohamad Fuzi


JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Polis menahan sembilan lelaki yang direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.

 
 

Melaka ucap takziah kepada keluarga mangsa kejadian tembakan di Christchurch


MELAKA, 18 Mac (Bernama) — Kerajaan negeri Melaka mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tembakan di sekitar masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas. 

 
 

Sungai Kim Kim ibarat telah lama mati akibat sikap manusia - penduduk


Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid

JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim hampir dua minggu lepas telah memburukkan lagi keadaan sungai yang menjadi nadi kehidupan masyarakat sekitarnya sebelum ini.

 
 

Pencemaran Sungai Kim Kim tidak beri kesan besar kepada penternak ikan, petani


PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor tidak memberi kesan besar kepada penternak ikan dan petani di kawasan sekitar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

 
 

Penutupan 111 sekolah di Pasir Gudang diteruskan sampai cuti sekolah


JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Penutupan semua 111 sekolah di Pasir Gudang berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim akan diteruskan sehingga cuti sekolah yang bermula 22 Mac ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

 
 

119 pesakit dibenarkan pulang setelah dapat rawatan di HSA, HSI


JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Seramai 119 orang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) setakat 12 tengah malam tadi, ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, 12 hari lepas.

 
 

Majlis perkahwinan sekitar Pasir Gudang tetap berlangsung hari ini


JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Sepasang pengantin dari Kampung Perigi Aceh, Pasir Gudang, pasrah meneruskan majlis perkahwinan seperti dirancang hari ini, walaupun sekitar kawasan berkenaan sedang berdepan isu pencemaran akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

 
 

Solusi jangka pendek, panjang dirangka atasi masalah bekalan air penduduk Simpang Renggam


KLUANG, 17 Mac (Bernama) -- Solusi jangka pendek dan panjang telah dirangka bagi mengatasi masalah bekalan air mentah kepada penduduk di kawasan sekitar Simpang Renggam yang mengalami masalah berkenaan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 -


 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel