Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga gagal pamer label GPL berdepan denda atau penjara - FAMA

MELAKA, 28 Mac (Bernama) -- Peniaga hari ini diingatkan agar mempamerkan label Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) pada produk pertanian mereka atau bakal  berdepan denda  atau penjara.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka Che Samudin Hassan berkata GPL amat penting kepada pengguna kerana ia menjelaskan negara asal, gred, saiz serta harga produk pertanian berkenaan. 

GPL juga membantu FAMA mendapatkan maklumat penting sekiranya berdepan kes seperti penggunaan racun yang tinggi pada tanaman, katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Pematuhan Peraturan GPL di Pasar Borong Melaka di sini.....

[ berita penuh ]

 

Anggota polis diberkas susulan penemuan mayat di belakang rumah


BATU PAHAT, 28 Mac (Bernama) -- Seorang anggota polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, di sini petang semalam.

 
 

Polis Marin Wilayah 2 rampas 1,271 karton rokok seludup


JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Sebanyak 1,271 karton rokok putih seludup berjaya dirampas pihak polis melalui serbuan ke atas sebuah rumah di Parit Yaani, Batu Pahat, dekat sini, pada Selasa. 

 
 

JPJ Melaka kesan tujuh faktor penyumbang nahas jalan raya


JASIN, 27 Mac (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mendapati tujuh kesalahan utama menjadi faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya  di negeri ini.

 
 

Peguam Syarie Johor ucap tahniah kepada Mohd Na'im


JOHOR BAHRU, 27 Mac (Bernama) -- Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor (PGSMNJ) hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu.

 
 

Bekas naib presiden MIC, tiga lagi individu maut di Kulai


JOHOR BAHRU, 27 Mac (Bernama) -- Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri S Balakrishnan, bersama tiga lagi individu maut dalam kemalangan di Kilometer 33, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kulai, dekat sini, tengah malam tadi. 

 
 

Peniaga barang lusuh, pemandu lori didenda buang sisa pepejal terkawal


MELAKA, 27 Mac (Bernama) -- Seorang peniaga barang lusuh dan pemandu lori masing-masing dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah membuang sisa pepejal terkawal pada 21 dan 24 Julai 2017.

 
 

Tindakan tutup Tapak Pelupusan Ladang CEP 1 serta merta penting  - Maszlee


JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) -- Tindakan menutup tapak pelupusan Ladang CEP 1 di Simpang Renggam, dekat Kluang, secara serta merta adalah penting memandangkan ia merupakan antara punca kepada pencemaran Sungai Benut, baru-baru ini. 

 
 

Johor mungkin buat pembenihan awan sekiranya cuaca panas berlarutan


KLUANG, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri berkemungkinan melaksanakan pembenihan awan awal bulan hadapan sekiranya cuaca panas dilihat berlarutan sehingga menjejaskan paras air di semua empangan di negeri ini.

 
 

140 individu ditahan kerana pelacuran dan judi haram di Batu Pahat


BATU PAHAT, 25 Mac (Bernama) -- Seramai 71 individu ditahan hasil serbuan ke atas 49 premis judi haram di daerah ini semenjak Januari hingga ke hari ini.

 
 

Penganjur pertandingan memancing ditahan kerana disyaki tipu wang hadiah


JASIN, 25 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang penganjur pertandingan memancing di sini selepas enam laporan polis dibuat terhadapnya oleh peserta yang tidak berpuas hati kerana mendakwa lelaki 39 tahun itu menipu kerana tidak membayar wang hadiah kemenangan yang dijanjikan berjumlah RM41,500.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 -


 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel