Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suami isteri ketagih lakukan jenayah curi ditahan

SEREMBAN, 28 Ogos -- Meskipun berkali-kali ditahan polis, sepasang suami isteri masih terus melakukan aktiviti mencuri, seolah-olah ‘ketagih’ melakukan jenayah itu.

Terbaharu, suami isteri yang masing-masing berusia 39 tahun dan 35 tahun itu ditahan pada 21 Ogos lepas, dipercayai mencuri barangan jemaah di surau-surau pusat membeli-belah sekitar Seremban dan Nilai. 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pasangan suami isteri yang ditahan di sebuah rumah di Senawang, dipercayai terlibat dalam sembilan kes jenayah curi dalam bangunan melibatkan kerugian RM19,000. 

“Si suami ada dua rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 380 (Kanun Keseksaan) iaitu curi dalam bangunan dan kes narkotik pada tahun 2016 dan 2018 manakala si isteri sudah 13 kali ditangkap juga di bawah Seksyen 380 dan baru sahaja keluar penjara pada 11 Ogos tahun lalu. 

“Untuk jenayah curi dalam surau ini, modus operandi mereka iaitu suami menunggu di luar surau sambil mengawasi keadaan manakala isteri mencuri barangan jemaah ketika jemaah sedang mengambil wuduk,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut Mohd Said berkata barangan yang disasarkan adalah yang mudah untuk dijual semula di kedai barangan terpakai antaranya telefon bimbit, power bank dan beg tangan. 

“Setakat ini, berdasarkan siasatan, kedua-dua mereka terlibat dalam sembilan kes curi dalam surau iaitu lapan kes di Seremban dan satu kes di Nilai yang dilakukan sejak dua bulan lalu,” katanya.....

[ berita penuh ]

 

JKKP N.Sembilan keluar 155 notis terhadap 41 tapak pembinaan


SEREMBAN, 28 Ogos -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan 155 notis pembaikan dan notis larangan kepada kontraktor di 41 tapak pembinaan di seluruh negeri ini dalam 'Ops Keselamatan dan Kesihatan (KPP) di Tapak Bina' pada Mac lepas dan bulan ini.

 
 

'Elsa' si harimau putih tarikan baharu Zoo Melaka


MELAKA, 28 Ogos -- Zoo Melaka malam tadi menerima seekor Harimau Putih Bengal betina yang diberi nama 'Elsa' menerusi kerjasama strategik dengan Sunway Lagoon Wildlife Park, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mohd Rafee Ibrahim.

 
 

SK Tanjung Adang, SMK Tanjung Adang dibuka semula esok


JOHOR BAHRU, 27 Ogos -- Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang yang sebelum ini diarahkan tutup selama dua hari berikutan kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang dekat Gelang Patah, akan dibuka semula esok.

 
 

Iskandar Malaysia peroleh pelaburan komited RM16.75 bilion bagi separuh pertama 2019


JOHOR BAHRU, 27 Ogos -- Iskandar Malaysia memperoleh pelaburan komited berjumlah RM16.75 bilion bagi separuh pertama tahun ini (1H 2019), menyumbang kepada pelaburan komited kumulatif berjumlah RM302.09 bilion dari 2006 hingga Jun 2019.

 
 

Kerajaan Johor akan terus perkasa sektor pertanian - Menteri Besar


MUAR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor akan terus memperkasakan sektor pertanian agar ia terus kekal sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negeri khususnya dan negara secara amnya.

 
 

Hampir RM450,000 geran diluluskan untuk 45 persatuan penduduk di Melaka


MELAKA, 27 Ogos -- Hampir RM450,000 telah diluluskan di bawah Geran Komuniti (G-Kom) 2019 melibatkan 45 persatuan penduduk taman, kampung, kuaters dan rumah pangsa di negeri ini sehingga semalam.

 
 

JKKP Johor sita 15 lif bangunan swasta


JOHOR BAHRU, 27 Ogos -- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor menyita 15 operasi lif di negeri ini atas kegagalan pemilik mematuhi Akta Kilang dan Jentera 1967. 

 
 

Pemilik tanah gagal pantau tanah lahirkan tapak sampah haram


ISKANDAR PUTERI, 27 Ogos (Bernama) -- Kegagalan pemilik tanah, yang membiarkan tanah mereka kosong dan tidak diusahakan di bandaraya ini, dilihat menjadi punca kepada timbulnya tapak pelupusan haram di negeri ini.

 
 

Kira-kira 11,300 murid di Pasir Gudang diarah cuti sepanjang UPSR


JOHOR BAHRU, 27 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 11,300 murid darjah 1 hingga 5 dari 12 sekolah ‘hotspot’ insiden pencemaran udara di sini pada Jun lepas akan dicutikan sepanjang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berlangsung kelak.  

 
 

Dua sekolah di Gelang Patah dinasihat terus tutup sehingga kebakaran hutan pulih


ISKANDAR PUTERI, 27 Ogos (Bernama) -- Dua buah sekolah yang terletak berhampiran dengan kebakaran hutan di Gelang Patah dekat sini, dinasihatkan terus tutup sehingga keadaan kebakaran bertambah pulih.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 -


 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel