Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pukat tunda haram: Lebih 1,000 keluarga nelayan terjejas di Muar

MUAR, 4 Mei (Bernama) -- Mata pencarian lebih 1,000 keluarga nelayan di sini terjejas akibat kegiatan pencerobohan bot pukat tunda haram dipercayai berlaku hampir 50 tahun, kata Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri Belia dan Sukan itu berkata pencerobohan itu dipercayai telah berlaku sehingga menghampiri kawasan Bagan antara 3 hingga 5 batu nautika dari pantai dan antara jam 6 pagi hingga 6 petang.

Beliau berkata pukat tunda haram yang mencerobohi sehingga kawasan Tanjung Tohor pada bila-bila masa juga telah memusnahkan tempat perlindungan dan pembiakan ikan dan membinasakan jaring serta bubu nelayan.....

[ berita penuh ]

 

APM tingkat latihan dan pendedahan mengenai pengendalian bot di laut


PONTIAN, 4 Mei (Bernama) -- Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang meningkatkan latihan dan pendedahan kepada pegawai dan anggotanya mengenai pengendalian bot di laut, bagi membiasakan mereka dengan tugas-tugas di lautan.

 
 

Kedudukan tompokan minyak dilapor di Tanjung Balau sudah dikenal pasti


JOHOR BAHRU, 4 Mei (Bernama) – Kedudukan sebenar tompokan minyak yang berlaku di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, pada Khamis sudah dikenal pasti, kata Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah.

 
 

Mazlan bayangkan akan ada rombakan kecil kepimpinan Bersatu Johor


JOHOR BAHRU, 4 Mei (Bernama) – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu dilantik, Mazlan Bujang membayangkan akan melakukan rombakan kecil barisan kepimpinan parti itu selepas beliau mengambil alih jawatan terbabit berkuatkuasa 25 Mei depan.

 
 

PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup keluar 22 PATI Indonesia di Sungai Pulai


JOHOR BAHRU, 4 Mei (Bernama) – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua tekong bot dan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyusup keluar dari negara ini melalui laluan tidak sah di Sungai Pulai, dekat Iskandar Puteri, malam tadi.

 
 

Letak kenderaan luar petak disediakan, 45 disaman


JOHOR BAHRU, 4 Mei (Bernama) -- Polis mengeluarkan 45 saman terhadap pemilik yang meletakkan kenderaan mereka di luar petak yang disediakan dalam Ops Halangan di Pekan Bukit Batu dan Jalan Kenanga, Indahpura, dalam daerah Kulai, semalam.

 
 

Anggota parlimen Seremban, Rasah sampaikan sumbangan Ramadan


SEREMBAN, 4 Mei (Bernama) -- Parlimen Seremban dan Rasah hari ini menyampaikan sumbangan kepada masjid serta surau di bawah Parlimen berkenaan bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini.

 
 

Buruh binaan maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Tanjung Kupang


JOHOR BAHRU, 3 Mei (Bernama) -- Seorang buruh binaan maut manakala dua lagi warga tempatan cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Tanjung Kupang, dekat Iskandar Puteri, hari ini.

 
 

Keluarga mangsa lemas terima bantuan dari NGO


BATU PAHAT, 3 Mei (Bernama) -- Muhamad Daniel Azrai Ami, yang ditemui dalam lemas ketika bercuti bersama keluarga Disember lepas, kini hanya mampu terbaring dengan segala urusan harian diuruskan isterinya, Nur Afifah Ishak.

 
 

Penganggur dipenjara enam tahun, enam sebatan kerana menipu


JOHOR BAHRU, 2 Mei (Bernama) -- Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan menipu menjual alat penapis air yang tidak wujud antara Oktober tahun lepas dan April lepas.

 
 

Polis tahan lelaki, rampas syabu 27.39 kg bernilai RM1.5 juta di Skudai


JOHOR BAHRU, 2 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga tempatan, dan merampas dadah disyaki syabu seberat 27.39 kilogram bernilai RM1.5 juta di sebuah rumah kedai di Taman Impian Emas, Skudai, dekat sini, dua hari lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel