Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penaja lewat bayar, punca bayaran gaji pemain Melaka tertunggak - Yusoff

PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menghadapi masalah pembayaran gaji pemain kerana kelewatan penaja lepas menyelesaikan duit tajaan.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendakwa pihaknya tidak dapat membayar gaji pemain, yang dikatakan tertunggak hampir tiga bulan, kerana wang tajaan yang dijanjikan pada Jun masih belum diterima. 

"Melaka diterajui oleh kepimpinan baharu, masalahnya adalah apabila beberapa penaja kita yang lepas belum membuat bayaran dengan sepenuhnya. Kita jangka mereka bayar bulan 6, tak bayar, “expect” bulan 7, tak bayar juga. 

"Kita sebagai pengurusan, kita janji sebab expect duit itu datang, tetapi sponsor belum menunaikan janji tepat pada masa. Saya tak cakap mereka tak akan bayar, cuma tak tepat pada masa, itu yang menyukarkan sikit pengurusan sehingga berlaku sebegini," katanya ketika ditemui pada aksi persahabatan skuad Bawah-18 kebangsaan menentang Selangor United di padang Wisma FAM di sini, hari ini. 

Media pada Sabtu lalu melaporkan bahawa pemain Melaka tidak menerima gaji untuk hampir tiga bulan. 

Menggulas lanjut, Yusoff berkata pengurusan tertinggi pasukan sudah mengetahui masalah itu dan yakin langkah sewajarnya akan diambil supaya masalah tersebut tidak memberi kesan terhadap mood pemain dengan saingan Piala Malaysia bakal membuka tirai pada awal Ogos ini. 

"Saya rasa Presiden (Adly Zahari) sendiri akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak memberikan kesan kepada semangat pemain menjelang saingan Piala Malaysia nanti.....

[ berita penuh ]

 

IMBRT kemungkinan memperluaskan laluan perkhidmatan terus


JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) berhasrat untuk memperluaskan lagi laluan perkhidmatan terus ke kawasan berkenaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang datang dari pelbagai kawasan sekitar Johor Bahru.

 
 

Pusat beli belah diminta pastikan peniaga ada lesen perniagaan


JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Pusat membeli-belah di bandar raya ini diingatkan supaya memastikan peniaga di premis mahupun kiosk mereka mempunyai lesen perniagaan.

 
 

Perhilitan Johor pantau Sungai Simpang Kanan susulan viral buaya


BATU PAHAT, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor akan terus memantau kawasan sekitar Sungai Simpang Kanan di sini, terutama sekitar kawasan sungai berhampiran Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, susulan tular dalam media sosial kehadiran buaya di kawasan itu.

 
 

Majlis Perundingan Industri babi untuk harmonikan penternakan babi secara moden


JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Penganjuran Majlis Perundingan Industri babi yang diadakan semalam adalah bertujuan untuk mengharmonikan penternakan babi secara moden di negeri ini.

 
 

Agensi bersepadu bermesyuarat Ahad bincang usaha atasi pencemaran sungai


JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Usaha bersepadu berterusan antara agensi berkaitan dalam mengatasi isu pencemaran sungai di negeri ini adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar negeri yang dijadualkan Ahad ini.

 
 

Perhilitan Johor rampas 167 produk kulit haiwan liar di Senai


KULAI, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas 167 produk kulit haiwan liar dianggarkan bernilai RM40,000 yang dijual tanpa sebarang dokumen atau lesen pemilikan bahan terbabit di sebuah tapak perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Isnin lepas. 

 
 

Kedai alat ganti kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat


BATU PAHAT, 24 Julai (Bernama) -- Sebuah kedai alat ganti kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Batu 7, Jalan Tongkang Pechah, di sini, Selasa  malam.

 
 

K’jaan Johor dicadang sediakan saluran rasmi berpusat untuk insiden Pasir Gudang


JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan Johor dicadang supaya menyediakan saluran rasmi berpusat bagi memudahkan penduduk Pasir Gudang merujuk pelbagai perkara berhubung kejadian sesak nafas dan muntah-muntah dipercayai akibat pencemaran di kawasan itu.

 
 

Lelaki ditahan kes kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta, dibebas


JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Lelaki yang ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan kes tiga kanak-kanak lelaki berpaut pada bumbung kereta dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

 
 

Gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru mulai 30 Julai


JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Sebahagian kawasan di daerah Johor Bahru akan mengalami gangguan bekalan air bersih selama 23 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor yang dijadualkan bermula 30 Julai ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin berkenan rasmi bangunan LKIM Perak yang baharu

 
     

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel