Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

PRK Port Dickson: BN putus calon lepas mesyuarat 2 petang ini

SEREMBAN, 24 Okt (Bernama) – Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan dibuat dalam mesyuarat Biro Politik UMNO pukul 2 petang ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat bersama pimpinan BN, esok. 

“Semua pandangan akan diambil kira... perlu atau tidak BN ambil bahagian dan letakkan calon kerana PRK ini sengaja diadakan,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini. 

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan bakal Presiden PKR baharu, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.....

[ berita penuh ]

 

Johor tidak turunkan had umur perkahwinan


JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan dikekalkan atau dinaikkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri  Aminolhuda Hassan.

 
 

PKR Johor harap pemilihan 30 Sept ini akan berjalan lancar


Oleh Lucia Terey John

JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- PKR Johor akan memastikan pemilihan parti yang ditetapkan pada 30 Sept ini, dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau  insiden yang tidak diingini.

 
 

Johor bakal wujudkan bilik penyusuan bayi di pejabat kerajaan


JOHOR BAHRU, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Johor akan mewujudkan bilik penyusuan khas di setiap pejabat kerajaan negeri bermula November depan, bagi memberi keselesaan kepada golongan ibu menyusu bayi mereka.

 
 

UMNO Johor sokong Dewan Muda Johor anjur forum - Hasni


JOHOR BAHRU, 22 Sept (Bernama) -- Umno Johor menyokong sepenuhnya inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Dewan Muda Johor dalam menganjurkan forum untuk membincangkan isu-isu semasa.

 
 

Johor mahu perkasa bidang sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat


JOHOR BAHRU, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor berhasrat untuk memperkasakan bidang sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat dengan memanfaatkan kelebihan setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini.

 
 

KPTM Batu Pahat terus lakar kejayaan


Bagi sesi kali ini, seramai 22 pelajar menerima Anugerah Senat dengan memperoleh GPA 4.00 dalam keputusan peperiksaan masing-masing dalam sesi Januari 2018.

 
 

Pensyarah UTHM sambut baik pengurniaan pesawat oleh Sultan Johor


BATU PAHAT, 21 Sept (Bernama) – Pengurniaan  pesawat jenis Lake Renegade LA-270 kepada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang diumumkan semalam disambut baik kerana akan memudahkan pengajaran dan pembelajaran bidang kejuruteraan aeronautik.

 
 

Johor mahu kaji semula segitiga pertumbuhan Sijori


ISKANDAR PUTERI, 21 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri akan mengkaji semula segitiga pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (Sijori) dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi negeri dengan mengukuhkan hubungan antara ketiga-tiga pihak.

 
 

Kesedaran pengurusan e-waste amat rendah - JAS


MELAKA, 20 Sept (Bernama) -- Kesedaran pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di negeri ini amat rendah, justeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka sedang mengorak langkah melaksana  pelbagai program atau kempen untuk meningkatkan kesedaran tersebut.

 
 

Melaka Gateway dijangka siap mengikut jadual


MELAKA, 20 Sept (Bernama) -- Projek mega Melaka Gateway di Pulau Melaka, Bandar Hilir, yang bernilai RM43 bilion, berada di landasannya dan berjalan mengikut jadual dengan mencapai kemajuan lebih 60 peratus setakat ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 -


 
 
     
   
 

TPM dijangka hadir majlis penutup Sukma ke-19

 
     

Peniaga barang sembahyang mati ditembak di Skudai

 
     

Puteri Nur Adillah lebur rekod 18 tahun Roslinda Samsu

 
     

Syed Saddiq sokong Anwar bertanding di Port Dickson

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel