Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir


Tarikh kemaskini: 15/12/2019





KLUANG, 15 Dis -- Kementerian Pendidikan bersiap sedia untuk memastikan sesi pembukaan persekolahan bulan hadapan tidak terjejas dengan bencana banjir.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi situasi itu jika banjir berlarutan sehingga Januari.

“Pejabat Pendidikan Daerah memiliki SOP mereka sendiri dalam menghadapi banjir. Mereka bersiap siaga setiap tahun. Sekiranya terjadi, kita akan ikut SOP biasa," katanya kepada pemberita pada program Kembali ke Sekolah dan pelancaran Telefon Awam Baharu Helogang di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam di sini, hari ini.

Maszlee mengulas mengenai persediaan kementerian untuk menghadapi musim banjir di Johor dan negeri lain yang dijangka berlarutan hingga Januari. 

Hampir semua daerah di negeri ini telah dilanda banjir sejak dua hari lepas, mengakibatkan lebih 4,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke 1,217 pusat pemindahan sementara. Banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang.

Sementara itu, program ‘Back To School’ anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu menyediakan barangan kelengkapan persekolahan kepada 600 orang pelajar di kawasan Simpang Renggam dengan peruntukan sebanyak RM97,000.

Secara keseluruhan, sebanyak RM634,400 diperuntukkan oleh PTPTN bagi menjayakan program  itu di seluruh negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     

Sembilan ketua cabang PKR Sabah tuntut tiada tindakan disiplin terhadap Zuraida

 
     

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel