Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof


Tarikh kemaskini: 15/12/2019





PAPAR, 15 Dis  -- Perpaduan sebenar tidak mengenal fahaman politik, perbezaan etnik mahupun amalan kepercayaan dianuti segenap lapisan masyarakat di negara ini khususnya Sabah, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri makanan negeri Dr Daud Yusof.

Justeru, Daud menggesa rakyat Sabah untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kesatuan sedia terjalin bagi memastikan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini sentiasa terpelihara.

"Nilai (perpaduan) ini hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk kesangsian melampau yang boleh meruntuhkan perpaduan dalam kalangan mereka. Saya mahu rakyat terus hidup bersatu padu tanpa sebarang sangsi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Berkhatan Perdana 144H/2019M di Kimanis di sini, hari ini.

Seramai 58 kanak-kanak menyertai program itu yang dianjurkan bersama Unit Pembangunan Masyarakat Bongawan, Parti Warisan Sabah Bahagian Kimanis, Pusat Zakat Sabah serta Badan Masjid Imam Abdullah Kampung Brunei, Kimanis.

Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan berkata adalah penting bagi semua rakyat memiliki nilai keterbukaan dan kesederhanaan untuk terus memperjuangkan usaha membentuk bangsa bersatu padu dan harmoni.

Mengenai program berkhatan, Daud memuji pihak penganjur yang mengambil inisiatif mengadakan program itu dalam memberi perkhidmatan terbaik diperlukan rakyat dan beliau juga mahu ia diteruskan pada masa akan datang.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     

Sembilan ketua cabang PKR Sabah tuntut tiada tindakan disiplin terhadap Zuraida

 
     

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel