Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini


Tarikh kemaskini: 10/12/2019





KLANG, 10 Dis  -- Jajaran Seksyen 5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja di sini akan dibuka kepada pengguna mulai pukul 10 malam ini.

 Pengerusi WCE Holdings Berhad, Datuk Ir. Hamzah Hasan berkata pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.

"Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat di samping menyediakan lebuh raya yang selesa untuk para pengguna. Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan penjajaran dan perasmian Pejabat Pengurusan WCE di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.

Tambah Hamzah, pembinaan lebuh raya berkenaan telah mencapai 71 peratus siap dari segi pembangunan dan pembinaan di mana ia telah dibuka secara berperingkat bermula pada Mei lepas.

"Pembinaan infrastruktur seperti lebuh raya WCE ternyata memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah ekonomi, faktor ini menjadikan WCE salah satu usaha yang amat signifikan dalam membantu membangunkan koridor Pantai Barat Negeri Selangor dan Perak," katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau pihaknya berharap semua pihak terlibat terus memberikan sokongan dan kerjasama agar jajaran WCE yang lain di Selangor dapat disiapkan mengikut jadual dan kesinambungan lebuh raya berkenaan dapat dicapai dan memberi kemudahan kepada pengguna di samping memakmurkan ekonomi setempat sepanjang jajaran berkenaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     

Sembilan ketua cabang PKR Sabah tuntut tiada tindakan disiplin terhadap Zuraida

 
     

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel