Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari


Tarikh kemaskini: 10/12/2019





KOTA KINABALU, 10 Dis -- Satu lagi daerah di Sabah dilanda banjir menjadikan keseluruhan tiga daerah di negeri ini terjejas iaitu Sipitang, Beaufort dan Membakut melibatkan 22 kampung dengan sebanyak 76 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, setakat 12 tengah hari ini,sebanyak dua PPS dibuka iaitu di Dewan Serbaguna, Sipitang yang menempatkan sebuah keluarga terdiri enam orang dan Dewan Selagon, Beaufort  menempatkan 70 orang daripada 27 keluarga.

"Mangsa banjir ditempatkan di Dewan Selagon yang dibuka pada 2.50 pagi tadi meningkat kepada 48 orang daripada 20 keluarga berbanding 22 orang daripada tujuh keluarga pagi tadi," menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Di Membakut, tiga lagi kampung dinaiki air menjadikan 16 kampung keseluruhannya terjejas banjir berikutan hujan berterusan semalam sehingga menyebabkan paras air sungai di kawasan itu meningkat melepasi paras bahaya.

Antaranya, Kampung Lumantak, Kampung Baitam, Kampung Sinoko, Kampung Bambangan, Kampung Baitam Laut, Kampung Baitam Baru, Kampung Baitam Ulu, Kampung Jambatan Baru, Kampung Baru, Kampung Kayai, Kampung Poring, Kampung Pusak, Kampung Takapan, Kampung Mendangin dan Kampung Lampijas.

Turut dinaiki air adalah Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut, Klinik Kesihatan Kampung Sinoko dan Pekan Lama Membakut.

Di Beaufort, empat kampung terjejas banjir iaitu Kampung Bakalau, Kampung Bakalau Simpang Empat, Kampung Binunuk dan Kampung Balibata, manakala di Sipitang adalah  Kampung Sungai Tiga dan Kampung Mesapol Lama.

Beberapa jalan perhubungan di kampung terbabit turut dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     

Sembilan ketua cabang PKR Sabah tuntut tiada tindakan disiplin terhadap Zuraida

 
     

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel