Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HSSI peroleh projek BRT pertama di Johor


Tarikh kemaskini: 09/12/2019




KUALA LUMPUR, 9 Dis  -- HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI), syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd memperoleh kontrak daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi menyediakan perkhidmatan reka bentuk terperinci dan khidmat penyeliaan pembinaan projek Bas Rapid Transit (BRT) yang pertama di Johor.

Projek itu bernilai RM71.3 juta.

Dalam kenyataan hari ini, HSS Engineers berkata sistem pengangkutan BRT terdiri daripada tiga lorong berkapasiti tinggi dan pembinaan laluan bas khusus.

“Kerja akan dimulakan pada suku keempat 2019 dan dijangka dapat disiapkan pada suku pertama 2023 diikuti tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan yang akan berakhir pada suku pertama 2025.

“Oleh itu, projek ini dijangkakan memberi sumbangan positif kepada prestasi kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 hingga 2025,” katanya.

Katanya, fasa pertama laluan BRT mengandungi tiga lorong. Keseluruhan projek yang meliputi kawasan seluas 51 kilometer melalui johor, merangkuni daerah utama di negeri itu seperti Iskandar Malaysia dan Johor Bahru.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     

Rangkaian kebab terbesar dunia kini di Ipoh

 
     

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel