Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri Sabah pandang serius kes polio, pastikan ia tidak merebak - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 09/12/2019





KOTA KINABALU, 9 Dis  -- Kerajaan negeri memandang serius kes polio di Sabah dan akan memastikan ia tidak merebak, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut beliau jangkitan virus polio di negeri ini tidak boleh dipandang ringan.

Justeru, katanya beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah untuk mengambil tindakan bagi memastikan keadaan ini diatasi secepat mungkin.

"Saya akan mendapat laporan lengkap dan setakat ini ia telah diurus dengan baik bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain.

"Menjadi harapan saya agar ibu bapa memastikan anak yang baru lahir diberikan vaksin," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Bicara Integriti dan Anti Rasuah Bersama Kerajaan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Semalam, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) Jumaat lepas (6 Dis).

Mohd Shafie mengingatkan ibu bapa khususnya di peringkat akar umbi (pedalaman) tidak menghindari pemberian suntikan vaksin oleh Jabatan Kesihatan kepada anak mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     

Rangkaian kebab terbesar dunia kini di Ipoh

 
     

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel