Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sel Sniper Infantri pulada dinaik taraf jadi Cawangan Sniper dan Tinjau Infantri


Tarikh kemaskini: 03/12/2019





JOHOR BAHRU, 3 Dis -- Sel Sniper Infantri di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, kini dinaik taraf menjadi Cawangan Sniper Dan Tinjau Infantri (CST).

Cawangan baru di pusat latihan berkenaan dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Cawangan berkenaan yang berperanan dalam melatih anggota infantri untuk menjadi Jurulatih Sniper itu, ditubuhkan bagi memastikan pasukan infantri lebih berdaya saing dan lebih efektif selaras dengan keperluan peperangan semasa.

Menurutnya, CST diketuai oleh Ketua Cawangan dengan tiga pegawai serta 19 pangkat lain-lain yang mana 12 daripadanya merupakan jurulatih yang mempunyai kepakaran Sniper Dan Tinjau.

Beliau berkata, CST sebelum ini merupakan sebuah Sel Sniper Infantri pada tahun 2000 dan secara rasminya dinaiktaraf menjadi sebuah cawangan pada hari ini.

“Sehingga kini , sebanyak empat jenis kursus telah dijalankan iaitu Kursus Sniper Infantri 24 siri, kursus jurulatih Sniper Infantri sebanyak enam siri, manakala kursus tinjau infantri 13 siri dan kursus jurulatih tinjau infantri sebanyak lima siri,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel