Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu kepada Saifuddin Nasution meninggal dunia


Tarikh kemaskini: 03/12/2019





ALOR SETAR, 3 Dis  -- Ibu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang tadi.

Setiausaha Akhbar kepada Saifuddin, Hisommudin Bakar berkata Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia pada pukul 6.05 petang kerana sakit tua selepas seminggu dirawat di hospital berkenaan.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Durian, Pokok Sena (dekat Alor Setar) pada pukul 11 malam ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel