Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak pertimbang wujudkan kawasan perumahan untuk kakitangan awam


Tarikh kemaskini: 02/12/2019





KUCHING, 2 Dis  -- Kerajaan Negeri Sarawak akan mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kawasan perumahan untuk kakitangan awam negeri serta kakitangan awam persekutuan yang berkhidmat di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mengenai cadangan itu.

“Kita akan bincang dan kenal pasti beberapa tempat, selain mendapatkan input mengenai senarai pegawai awam persekutuan yang bertugas di negeri ini yang mahu membeli rumah. Kita bangunkan rumah yang berpatutan, umpamanya di kawasan Kemuyang, Sibu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Cuepacs negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kawasan perumahan itu nanti dicadangkan untuk dibangunkan di luar kawasan Kuching.

“Kita akan teliti dahulu kerana kerajaan negeri sedang membuka kawasan baharu dengan akses jalan raya baharu, kita akan lihat di mana ada tanah yang boleh kita pertimbangkan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Apapun tunggu dahulu, kita buat perancangan terlebih dahulu,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     

Sembilan ketua cabang PKR Sabah tuntut tiada tindakan disiplin terhadap Zuraida

 
     

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel