ODT9Y_MfymI 7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak


Tarikh kemaskini: 17/11/2019





KEPALA BATAS, 17 Nov -- Seramai 7,000 murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pulau Pinang hari ini memahat catatan dalam Malaysia Book of Records (MBOR), selepas berjaya menghasilkan 1,414 buah peta minda berkonsepkan pembelajaran ibadah haji.

Peta minda itu dihasilkan menerusi Pameran Peta Minda Haji KAFA Pulau Pinang, yang dirancang oleh Ikatan Guru dan Penyelia KAFA Pulau Pinang dalam program yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Sijil pengesahan rekod terbaharu itu diserahkan oleh pegawai MBOR, Lee Pooi Leng kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Rosli Othman.

Rosli berkata kejayaan itu berjaya dicapai dengan kerjasama 280 kelas KAFA di seluruh Pulau Pinang dan pengiktirafan itu adalah pengiktirafan tertinggi yang julung kali dirangkul mereka.

Beliau berkata KAFA Pulau Pinang kini dalam perancangan untuk mengadakan beberapa program pada tahun depan yang diharapkan bakal merangkul pengiktirafan MBOR seterusnya.

"Ia bakal memfokuskan pembelajaran anak-anak kecil dalam aspek syariah dan mata pelajaran lain terutamanya sejarah nabi dan para sahabat," katanya selepas majlis perasmian penutupan program itu di sini, hari ini yang disempurnakan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Jamil Mohamed.

Sementara itu, Mohd Jamil berkata penganjuran program seumpama itu dapat menonjolkan dimensi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam pada alaf 21.

"Inilah yang diharapkan dalam dimensi baharu pendidikan di alaf 21. Perubahan bukan sahaja dalam mata pelajaran yang lain tetapi juga bagi pendidikan Islam, perlu dilakukan bersama seiring dalam perubahan yang berlaku.

"Pameran ini adalah program khusus bagi mendedahkan anak-anak dalam ibadah rukun Islam kelima iaitu ibadah haji. Ia merupakan usaha yang baik oleh guru-guru KAFA dalam usaha meluaskan kreativiti serta minat anak-anak yang berbeza," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel