Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari


Tarikh kemaskini: 17/11/2019





KUANTAN, 17 Nov -- Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dekat sini, mencipta sejarah menjalankan pembedahan katarak terbesar di Malaysia, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha'ari Ngadiman. 

Beliau berkata dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lalu, sebanyak 120 pembedahan dilakukan melibatkan pesakit dari Pahang, yang berusia 60 tahun ke atas. 

"Majoriti pesakit terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang menerima bantuan kanta untuk katarak di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKa B40). 

"Pembedahan ini telah mencapai bilangan kumulatif pembedahan katarak ke-1000 di HOSHAS, yang dijangkakan akan mencecah kepada 1,300 pembedahan pada akhir tahun ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Dr Sha'ari berkata pembedahan itu melibatkan sembilan pakar bedah dari HOSHAS, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta dibantu 70 kakitangan kesihatan. 

Beliau juga memaklumkan peningkatan jangka hayat penduduk di Malaysia secara tidak langsung memberi kesan kepada peningkatan kepada penyakit tidak berjangkit termasuk katarak. 

"Jabatan Kesihatan Pahang akan terus komited untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat termasuk menerusi aktiviti promosi kesihatan yang berterusan, persediaan fasiliti kesihatan dan pembelian aset baharu di hospital serta klinik kesihatan," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel