LfmDDIHgmkc Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





BETONG, 14 Nov -- Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam.

Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana tiada penghuni rumah panjang di Ijok Spak itu yang mengaku memiliki haiwan tersebut dalam serbuan pada 5.30 petang.

Komander PPMW5 ACP Shamsol Kassim dalam satu kenyataan berkata haiwan itu dirampas di bawah Seksyen 48(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan haiwan berkenaan dan ia diserahkan kepada SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Shamsol berkata  seorang pemandu lori ditahan kerana dipercayai membawa kayu bergergaji secara haram di Jalan Entabai, Julau, hari ini.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40an itu ditahan PPMW5 Sarikei pada 12.45 tengah hari bersama 240 keping kayu yang dimuatkan di dalam lori yang dipandunya itu.

“Kesemua kayu tersebut tidak mempunyai sebarang tanda hak milik, tanda (JH) Jabatan Hutan Sarawak dan tanda cukai.

“Pemandu lori dan rampasan yang dianggarkan berjumlah RM155,400 tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel