Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar UniMAP hilang, giat dikesan - Polis


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





KANGAR, 8 Nov -- Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Tahun 4 daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan dilaporkan hilang sejak semalam, berikutan beliau tidak pulang ke kediamannya di Kampus Unicity Alam, Sungai Chuchuh di Padang Besar dekat sini.

Beliau yang dikenali sebagai Tuan Ahmad Amar Tuan Azlan, 23, dilaporkan tidak kembali kira-kira 8 malam semalam dan keluar tanpa membawa telefon bimbit miliknya, dan sehingga sekarang tidak dapat dikesan manakala pihak universiti sudah membuat laporan polis mengenainya.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saat ketika dihubungi berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang telah dikemukan kepada pihaknya, namun Tuan Ahmad Amar masih gagal dikesan.

“Kita sedang berusaha mengesan orang hilang (Tuan Ahmad Amar) itu. Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian. Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang,” katanya.     

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel