Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua rentung di Seremban: Polis cari waris mangsa


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





SEREMBAN, 8 Nov -- Polis kini sedang mengesan waris kepada salah seorang daripada dua lelaki mangsa kemalangan van yang rentung Rabu lepas kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim.

Katanya setakat ini pihaknya berjaya mengesan seorang waris, manakala waris seorang lagi mangsa belum dapat dikesan.

"Waris yang berjaya dikesan dipercayai ibu kepada seorang mangsa berbangsa Melayu. Waris telah hadir ke Hospital Tuanku Ja'afar, untuk membantu bagi pengecaman identiti menerusi sampel deoksiribonukleik (DNA).

"Selain itu, polis masih lagi giat mengesan waris seorang lagi mangsa berbangsa Cina. Mangsa dipercayai bernama Kiew Ah Lai, 55, dan berasal daripada Kedah berdasarkan penemuan lesen memandu di lokasi kemalangan. Waris mangsa diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Said bagaimana pun tidak mendedahkan nama seorang lagi mangsa.

Dalam pada itu, beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi keterangan dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 06-6033394.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, dua lelaki rentung selepas van jenis Nissan Vanette yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran susur keluar Seremban.

Kemalangan berlaku selepas van yang dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki terbabas ke kiri lebuh raya dan terjunam ke dalam longkang sebelum terbakar.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Skim perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura bakal diperkenal

 
     

Kerajaan Perak peruntuk RM70,000 pasang 10 mesin AED

 
     

Tragedi Pantai Teluk Bidara: Keluarga reda 'pemergian' mangsa

 
     

Kehilangan empat pelajar PSMZA sangat dirasai - sahabat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel